web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 9:24PM

Anthony Loke (tengah) selepas mengumumkan tambang percuma sempena perayaan Thaipusam di Stesen KTM Batu Caves - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan memberikan tambang percuma kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang pada 24 dan 25 Januari ini sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tambang percuma itu akan dikenakan semasa penumpang membuat imbasan masuk dan keluar di pintu automatik (ACG) stesen destinasi dalam tempoh berkenaan.

"Penumpang perlu mengakses pintu masuk dan keluar (ACG) untuk menikmati tambang tren KTM Komuter secara percuma menggunakan KTM Wallet, kad Touch 'N Go, kad MyDebit, kad kredit, tiket QR fizikal dari kaunter atau menerusi aplikasi KITS.

"Kami menjangkakan seramai 250,000 orang akan menggunakan perkhidmatan komuter di Lembah Klang sepanjang tempoh empat hari tersebut dengan jumlah penumpang dijangka meningkat pada hari kemuncak iaitu Hari Thaipusam pada 25 Januari," katanya dalam sidang media di Stesen KTM Batu Caves di sini hari ini.

Selain inisiatif itu, beliau turut memaklumkan perkhidmatan KTM Komuter tambahan akan beroperasi tanpa henti selama empat hari bermula 23 sehingga 26 Januari, dengan 28 stesen beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh tersebut berbanding 26 stesen pada tahun lepas.

Loke berkata 33 perkhidmatan tambahan disediakan bagi laluan Batu Caves - Pulau Sebang - Batu Caves dan 39 perkhidmatan tambahan bagi laluan Batu Caves - Pelabuhan Klang - Batu Caves, menjadikan jumlah keseluruhan tren tambahan KTM Komuter yang disediakan pada kali ini adalah 72 perkhidmatan setiap hari.

"Perkhidmatan KTM Komuter tambahan akan bermula seawal 9.55 malam pada 23 Januari dari Stesen Pulau Sebang ke Stesen Batu Caves dengan kekerapan setiap sejam, manakala tren dari Stesen Pelabuhan Klang ke Stesen Batu Caves akan bermula seawal 11.39 malam juga dengan kekerapan setiap sejam.

"Tiada perkhidmatan tren tambahan dari Tanjung Malim ke Batu Caves dan sebaliknya. Bagaimanapun, pengguna dari laluan ini boleh menaiki tren komuter dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral dan membuat pertukaran tren KTM Komuter ke Batu Caves," katanya.

Sementara itu Loke berkata KTMB turut menawarkan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan dengan jumlah tiket tambahan sebanyak 3,150 bermula 24 hingga 28 Januari, iaitu dua perkhidmatan sehari bagi laluan Butterworth - KL Sentral dan KL Sentral - Butterworth pada 24 dan 25 Januari dan dua perkhidmatan sehari bagi laluan Padang Besar - KL Sentral dan KL Sentral - Padang Besar pada 26 hingga 28 Januari.

Beliau berkata jualan tiket bagi tren-tren ETS tambahan itu akan dibuka mulai Isnin depan pada 12 tengah hari.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata pihak Rapid Bus akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 24 dan 25 Januari di tiga laluan di Kuala Lumpur iaitu BC02 (Hab Bandar Pasar Seni - Batu Caves), BC03 (Stesen LRT Gombak - Batu Caves) dan BC04 (Stesen MRT Kg Batu - Batu Caves), serta satu laluan di Pulau Pinang iaitu STO1 (Jetty - Adventist).

"Terdapat tiga perkhidmatan bas di Kuala Lumpur dan lima di Pulau Pinang yang akan melalui kawasan di mana acara sambutan Hari Thaipusam akan dijalankan. Maklumat mengenai laluan tersebut boleh diperoleh dengan melayari laman web myrapid.com.my," katanya.

Menurut Loke, bagi perkhidmatan bas perantara percuma ulang alik Batu Caves, pihak Rapid Bus akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia khususnya lou Pejabat Polis Daerah Gombak bagi memastikan kelancaran pergerakan bas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

1 minggu yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

4

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 16 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM