web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP: Kontraktor Tidak Mampu Lagi Serap Kos Tambahan Naik 2 Kali Ganda

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 7:30PM

Pekerja sedang membina cerucuk bangunan pada November 2019. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) yang diwakili oleh kira-kira 17,000 ahli dalam industri pembinaan tempatan telah meminta kerajaan memberikan sokongan ekonomi dengan segera daripada kerajaan.

Ia berkata kebanyakan kontraktor masih terjejas teruk dan menghadapi kesukaran kerana pelbagai kos tambahan yang timbul akibat pandemik COVID-19 termasuk tidak terhad kepada harga palang besi dan tembaga yang tinggi, jumlah pekerja tidak mencukupi, pematuhan Akta 446 melibatkan kos yang tinggi, kos tinggi dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kos ujian saringan COVID-19.

"Semua kos ini tidak termasuk untuk tempoh awal projek dan tanpa ada peruntukan dalam  Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 untuk melindungi kontraktor, kami menghadapi pelbagai cabaran bagi memastikan projek dapat disiapkan tepat pada masanya dan memberi jaminan pekerjaan kepada pekerja dalam industri ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

MBAM berkata Sekatan Pergerakan Penuh selama enam minggu yang melibatkan dua fasa dan berkemungkinan mengambil masa yang lebih lama, kebanyakan kontraktor tidak mampu lagi menyerap kos-kos tambahan atau bertambah dua kali ganda lebih tinggi.

Dalam jangka pendek hingga sederhana, industri itu akan menghadapi kekurangan kontraktor dan ia boleh mengakibatkan kenaikan harga secara keseluruhan.

Sehubungan itu, MBAM berharap supaya kerajaan mengumumkan dan melancarkan pakej rangsangan tambahan dengan segera untuk membantu ekonomi dan rakyat mengatasi kesan daripada pandemik tersebut.

Antara cadangannya ialah melanjutkan moratorium automatik untuk individu dan perniagaan mulai 1 Jun; bantuan kewangan dan kadar pembiayaan faedah rendah untuk memberi bantuan kewangan kepada perniagaan; pengecualian cukai untuk perniagaan dan memberi subsidi utiliti sepanjang tempoh Sekatan Perjalanan Penuh dan program subsidi upah untuk semua pekerja yang berpendapatan RM 4,000 dan ke bawah.

Selain itu, MBAM berkata kerajaan harus mempertimbangkan untuk memberi saringan COVID-19 percuma secara besar-besaran untuk setiap orang di seluruh negara untuk mengesan dan memutuskan rantaian COVID-19.

Ia berkata kadar vaksinasi untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga harus dipercepatkan dengan bantuan hospital dan klinik swasta.

"Kerajaan telah berusaha untuk mengimbangi antara ekonomi dan kelangsungan kehidupan rakyat. Bagaimanapun, pada realitinya, industri pembinaan Malaysia memerlukan suntikan wang secara langsung ke dalam perniagaan dengan segera sebagai langkah yang berkesan untuk memastikan industri ini kekal mampan," katanya.

MBAM juga meminta supaya kerajaan menangguhkan dan tidak memperkenalkan sebarang dasar baharu yang lain ketika waktu mencabar ini kerana ia akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia