web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pindah Wang Aktiviti Haram Dan Rasuah, Bekas Pengerusi Koperasi Didakwa

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 8:26PM

Mazlan ketika dibawa ke mahkamah untuk dituduh. - gambar - Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang bekas pengerusi koperasi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah dan satu pertuduhan pemindahan wang daripada aktiviti haram berjumlah ratusan ribu ringgit.

Menurut pertuduhan, kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 2016 dan 2017.

Tertuduh, Mazlan Hashim, 65, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Dalam pertuduhan pertama, bekas Pengerusi Koperasi Pembangunan Darulaman Kedah Berhad itu didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus dari nilai projek berjumlah RM9.7 juta daripada seorang pengarah sebuah syarikat.

Rasuah bernilai RM970,000 itu dipercayai sebagai dorongan untuk membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender cadangan mereka bentuk, membekal, membina, menguji terima dan mentauliah 1MWp Solar Farm & Green House di atas sebahagian daripada Lot 3375 Mukim Padang Kerbau, Sungai Tiang di Pendang dari Myangkasa Services Sdn. Bhd.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada November 2016 di sebuah premis dekat Tingkat 1, Susuran Sosenati, Pusat Perniagaan Sosenati, di sini.

Menerusi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM274,608 daripada pengarah syarikat tersebut, melalui akaun milik koperasi berkenaan sebagai upah membantu syarikat terlibat mendapatkan tender projek sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 19 Januari 2017 di Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Alor Setar dekat sini.

Kedua-dua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama.

Jika sabit kesalahan, Mazlan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, menerusi pertuduhan ketiga, Mazlan didakwa telah memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM265,000 dari akaun koperasi berkenaan ke akaun Affin Islamic Bank Berhad miliknya.

Sehubungan itu, dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan tidak lebih 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan tersebut dilakukan, atau RM5 juta, bergantung yang mana lebih tinggi.

Kesemua pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Ezlin Yusop Khan Maziah Mohaidee sementara tertuduh diwakili peguam, Mohd. Zaharudeen Harun.

Sementara itu pihak pendakwaan memaklumkan, tertuduh sebelum ini berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Menurut Farah Ezlin, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menetapkan supaya tertuduh diikat jamin dengan wang berjumlah RM30,000 oleh seorang penjamin warganegara Malaysia selain perlu menyerahkan pasport, dan dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM Shah Alam pada hari pertama bekerja setiap bulan.

Sehubungan itu, pihak pendakwaan mencadangkan supaya ikat jamin serta syarat sama digunakan dalam pertuduhan dilakukan hari ini, manakala kesemua kes melibatkan tertuduh, turut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam memandangkan kes-kes berkenaan melibatkan saksi sama dan kronologi jugq tidak jauh berbeza.

Hakim kemudiannya membenarkan permohonan tersebut selepas tidak menerima sebarang bantahan daripada pihak pembelaan. - Getaran, 31 Januari 2024

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 18 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Politik 1 hari yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Sukan 6 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC