web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengorbanan Allahyarham Gillian Donald Terus Dikenang

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 8:02PM

Isteri Allahyarham Gillian Donald, Siti Juana Maarop, 39, (lima, kiri) menerima sumbangan daripada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, yang disampaikan pegawai khasnya, Jeremy Wong di Merinding Garden hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Keberanian Allahyarham Gillian Donald yang sanggup bergadai nyawa meredah api sehingga mengorbankan dirinya, untuk menyelamatkan keluarga jirannya yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres pada 24 Januari lalu, akan terus dikenang masyarakat Labuan.

Dalam menunjukkan solidariti, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang diwakili pegawai khasnya, Jeremy Wong bersama beberapa ahli DAP Labuan, mengunjungi keluarga Gillian untuk menyampaikan ucapan takziah di rumah mereka di Merinding Garden di sini, hari ini.

Keberanian Gillian, 41, yang disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas dipercayai disebabkan terhidu asap yang berlebihan selepas memastikan keselamatan jirannya, sudah pasti akan kekal dalam sanubari mereka.

Sim menerusi Wong, menyerahkan sumbangan kepada balu Gillian, 39, Siti Juana Maarop dan tiga anak mereka berusia 15, 13, dan empat tahun untuk meringankan beban kewangan mereka.

"Steven Sim, yang tersentuh dengan keadaan keluarga itu selepas kehilangan tunggak keluarga, turut menyelaraskan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk bantuan sewajarnya," kata Wong kepada BERNAMA semasa kunjungan itu.

"Keberanian dan pemikiran pantas Gillian bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa tetapi juga menjadi contoh wira sejati," katanya.

Tragedi itu bagi keluarga Allahyarham, terutama anak-anak Gillian yang berusia 15 dan 13 tahun, bersekolah di SMK Pantai dan SMK Rancha-Rancha sudah pasti meninggalkan kenangan sedih.

Tindakan berani Gillian adalah amat terpuji kerana berjaya menyelamatkan tujuh sekeluarga termasuk kanak-kanak empat tahun dan warga emas berusia 67 tahun.

Kesungguhannya untuk mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap di bahagian atas rumah dengan menggunakan tangga ketika rumah itu sedang dijilat api, menggambarkan keluhuran hati budinya.

Siti Juana yang sebak ketika menceritakan mengenai keberanian suaminya berkata, sebaik melihat garaj di rumah jirannya itu meletup dan terbakar, Gillian tidak teragak-agak untuk segera memberi bantuan.

"Gillian telah bertungkus lumus tanpa menghiraukan panas dan asap tebal untuk menyelamatkan setiap mangsa.

"Keberaniannya tanpa batas, meredah api dengan satu matlamat untuk menyelamatkan nyawa," kata Siti Juana dengan linangan air mata.

Malangnya usaha murni Gillian meragut nyawanya sendiri, akibat tersedut asap berlebihan.

"Kami reda atas pemergiannya kerana masanya telah tiba dan beliau 'diambil' kerana Allah lebih menyayanginya," kata Siti Juana yang turut berbangga dengan pengorbanan suaminya. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia