web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penipuan Dalam Talian: Bekas Pensyarah, Akauntan Rugi Lebih RM6 Juta

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Feb 2024 8:19PM

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, berkata bekas pensyarah berusia 61 tahun itu dalam laporannya menyatakan dia dihubungi suspek menerusi telefon yang menyamar sebagai Pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Beliau berkata suspek memaklumkan kononnya bekas pensyarah itu ada menjalankan aktiviti perjudian serta pengubahan wang haram.

"Wanita itu (bekas pensyarah), bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan diarah meletakkan dua kad banknya di tepi jalan untuk diambil suspek sebelum menyedari 262 transaksi wang berjumlah RM1.43 juta dibuat daripada kedua-dua akaun bank miliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akauntan lelaki berusia 55 tahun itu pula kerugian berjumlah RM5.04 juta akibat ditipu sindiket pelaburan mata wang kripto.

"Pada Ogos tahun lepas, mangsa dikatakan telah berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai 'William' menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat.

"Mangsa yang berminat dan bersetuju untuk melabur, kemudian diajar suspek untuk memindahkan wang ke dalam akaun e-dompet menerusi 143 kali pindahan sebelum mendapati akaun pelaburan itu gagal diakses dan suspek menghilangkan diri," katanya.

Hussein berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

Beliau menegaskan bahawa polis serta jabatan kerajaan tidak menjalankan siasatan yang melibatkan hal perbankan orang awam secara dalam talian.

"Bagi kes pelaburan kripto, polis meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan iklan pelaburan, saham atau apa-apa yang ditawarkan melalui media sosial yang kononnya boleh memberi pulangan besar masa singkat. Orang ramai diingatkan agar membuat pelaburan menerusi platform yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia," katanya

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia