web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Khas Perkasa Mahkamah Syariah Terbuka Terima Pandangan Parti Politik - PM

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 4:36PM

Perdana Menteri (tiga, kanan) menandatangani plak perasmian Masjid Jamek Tengah Berapit - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam, terbuka untuk berbincang dengan semua pihak, termasuk mana-mana parti politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan meneliti semua pandangan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.

"Semalam Tun Zaki (Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi) dah bagi taklimat awal, depan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah), dalam mesyuarat saya sudah setuju jawatankuasa ini bersidang, jumpalah siapapun bagi pandangan, baik dengan semua negeri, semua parti mana pun, bincanglah, ambil sikap terbuka dengan pandangan mereka," katanya ketika berucap sebelum merasmikan Masjid Jamek Tengah Berapit di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah lebih baik pihak-pihak tertentu yang mengecam dan mencerca kononnya kerajaan tidak mempertahankan Mahkamah Syariah, menyertai perbincangan yang diadakan jawatankuasa ini, berbanding terus menjadikan isu pembatalan beberapa kesalahan Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan baru-baru ini sebagai polemik politik.

"Bila kita dah capai persetujuan, kita bawa kepada jemaah menteri, kita persembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bila diperkenan, kita gubal di Parlimen, minta rakan-rakan Melayu (Ahli Parlimen beragama Islam) sokong, kita pinda dan kita perbaikilah mutu Mahkamah Syariah, itu caranya," katanya.

Perdana Menteri berkata, tanggungjawab memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui jawatankuasa ini
bukan hanya melibatkan negeri-negeri sahaja, malah di semua peringkat.

"Bagi kita ruang untuk baiki, janganlah kita gaduh tentang isu ini, kata Anwar ini tak peduli, sekular, dan sebagainya," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Disember lepas, Tun Zaki dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas) yang turut dianggotai 10 individu lain.

Semalam, Anwar berkata, kerajaan Persekutuan menyambut baik titah Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), yang mahu semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Semasa 23 jam yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

4

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 19 jam yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 10 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Sukan 23 jam yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri