web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kadar Tambang Bas Ekspres Eksekutif, Ekonomi Ikut Jadual Tambang - APAD

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 8:02PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berkata, kadar tambang lantai bagi perkhidmatan bas ekspres kelas eksekutif adalah berdasarkan penawaran dan permintaan, manakala bagi kelas ekonomi dikawal selia dan ditetapkan kerajaan.

APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan ketetapan jadual tambang, syarikat pengendali perkhidmatan bas ekspres dipertanggungjawabkan untuk mengenakan tambang yang bersesuaian selari dengan jenis perkhidmatan ditawarkan.

"APAD ingin mengingatkan kepada orang ramai untuk membuat pilihan bijak semasa membeli tiket bas kerana harga tiket adalah berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang," menurut kenyataan itu.

Pada 11 Februari lalu, media melaporkan sepasang suami isteri terpaksa membayar lebih RM800 untuk perjalanan dua hala dari Gopeng ke Johor Bahru.

Merujuk kepada insiden yang tular itu, APAD menjelaskan pengadu memilih perkhidmatan bas ekspres eksekutif, iaitu harga dibayar berdasarkan penawaran dan permintaan bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina.

Media melaporkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa pengguna terbabit dikenakan bayaran antara 270 dan 344 peratus berbanding harga biasa RM70 untuk setiap penumpang bagi satu hala.

Sementara itu, APAD memaklumkan pengendali perkhidmatan bas tidak boleh menaikkan harga tambang ekonomi tanpa kebenaran.

"Tindakan tegas boleh dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran terhadap ketetapan ini dengan tindakan berlandaskan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) iaitu sama ada penggantungan atau pembatalan lesen," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kuala Lumpur Tersenarai Antara Bandar Raya Terbaik Untuk Syarikat Pemula Niaga

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

3

Politik 2 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Ekonomi 3 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlihat Agenda Perkasakan Ekonomi Bumiputera Tanpa Pinggirkan Kaum Lain

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 1 hari yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu