web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kuala Lumpur Tersenarai Antara Bandar Raya Terbaik Untuk Syarikat Pemula Niaga

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 12:27PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur disenaraikan antara 30 ekosistem syarikat pemula niaga teratas dalam Laporan Ekosistem Pemula Niaga Global (GSER) 2024.

Antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2023, bandar raya ini menjana RM220 bilion (AS$47 bilion) dalam nilai ekosistem, yang mengukur impak ekonomi daripada penjualan dan syarikat pemula niaga.

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Chang Lih Kang berkata, pencapaian ini menunjukkan pelaburan Malaysia dalam ekosistem syarikat pemula niaga teknologi amat berbaloi.

"Saya juga ingin mengiktiraf peranan dan impak semua agensi, kementerian serta organisasi berkaitan melalui platform MYStartup Single Window yang baru dilancarkan. Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi akan terus memimpin usaha ini untuk merealisasikan visi kami untuk menjadi ekosistem syarikat pemula niaga global 20 Teratas menjelang 2030, seperti yang digariskan dalam Peta Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030," katanya.

Cradle Fund Sdn Bhd, agensi utama untuk ekosistem syarikat pemula niaga Malaysia, melihat pencapaian ini sebagai bukti usaha dan inisiatif strategiknya dalam memupuk persekitaran yang menyokong syarikat baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Norman Matthieu Vanhaecke berkata, syarikat pemula niaga adalah tenaga penggerak utama dalam inovasi dan kemajuan teknologi Malaysia.

"Cradle berusaha menggabungkan sumber dan pengalaman semua pihak berkepentingan dalam ekosistem. Dengan komitmen konsisten untuk memupuk ekosistem berprestasi tinggi, inklusif, global dan mampan, Cradle Fund berazam memacu Malaysia ke barisan hadapan dalam ekosistem syarika pemula niaga global," katanya.

Dalam laporan GSER 2024, ekosistem Kuala Lumpur mencapai kedudukan cemerlang di Asia dalam beberapa bidang utama:

* 15 Ekosistem Asia Teratas Terbaik dalam Pembiayaan : Menunjukkan kapasiti inovasi Kuala Lumpur melalui pembiayaan peringkat awal yang kukuh dan penyertaan pelabur yang aktif.

* 20 Ekosistem Asia Teratas dalam Prestasi: Mencerminkan saiz dan kejayaan keseluruhan ekosistem, dengan mengambil kira nilai kumulatif yang dicipta oleh syarikat pemula teknologi melalui penjualan dan pembiayaan.

*20 Ekosistem Asia Teratas dalam Bakat dan Pengalaman : Mengiktiraf trend jangka panjang kukuh Kuala Lumpur dalam faktor prestasi penting, menunjukkan kedalaman bakat dan pengalaman dalam ekosistem tersebut.

* 25 Ekosistem Asia Teratas dalam Bakat Mampu Milik : Mengukur keupayaan bandar ini untuk menarik dan mengupah bakat teknologi secara kos efektif, menekankan kelebihan kompetitifnya dalam membina tenaga kerja berkemahiran.

* 30 Ekosistem Asia Teratas dalam 'Bang for Buck' (Berkualiti): Mengukur jumlah masa operasi syarikat pemula niaga teknologi yang diperoleh, secara purata, dari satu pusingan pelaburan VC.

Laporan ini menganalisis lebih 4.5 juta syarikat pemula niaga merentasi 300 ekosistem global, menyediakan wawasan mengenai trend global dan nasihat dasar kepada lebih daripada 160 kementerian ekonomi dan inovasi serta agensi awam dan swasta di 55 negara.

Laporan Genome Syarikat Pemula 2024 boleh didapati di sini. – The Malaysian Insight, 14 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Ekonomi 3 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlihat Agenda Perkasakan Ekonomi Bumiputera Tanpa Pinggirkan Kaum Lain

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kadar Tambang Bas Ekspres Eksekutif, Ekonomi Ikut Jadual Tambang - APAD

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlu Jadi Penggerak Kerangka Agenda Bumiputera - PM

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Sukan 14 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sukan 1 hari yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut