web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebar Maklumat Palsu, PDRM Buka 21 Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jun 2021 9:02PM

Acryl Sani Abdullah Sani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kertas siasatan sudah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 sejak ia dikuatkuasakan pada12 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan dijalankan oleh unit siasatan  jenayah terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta kontinjen.

“Ordinan Darurat yang diwartakan pada 11 Mac 2021 lalu, adalah khusus bagi mengekang  aktiviti berkaitan dengan COVID-19 atau Proklamasi Darurat 2021. 

“Ia sekali gus memberi  kuasa kepada PDRM serta Suruhanjaya Komunikasi  dan Multimedia (SKMM) menangkap tanpa waran mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang cuba menyiarkan serta menyebarkan secara keseluruhan atau sebahagian berita tidak benar, khususnyadi media sosial,” kata Acryl di sini hari ini.

Menurut beliau,  sembilan tangkapan turut dibuat secara berasingan terhadap individu yang disiasat di bawah ordinan ini.

“Terbaru, satu lagi tangkapan dibuat di kawasan Melaka Tengah, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 10 orang.

“Daripada jumlah tersebut, tiga tangkapan telah menerima arahan tuduh daripada pejabat peguam negara  di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021, manakala tujuh yang lain diberi jamin polis sehingga siasatan dilengkapkan,” katanya lagi.

Mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat, sebarang bentuk penyebaran berita palsu sama ada melalui penerbitan, cetakan, pekeliling dan pengedaran yang boleh menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam adalah satu kesalahan.

"Individu yang disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya," tegas Acryll.

Orang ramai jelas Acryll, dinasihatkan agar  berhati-hati dalam membuat sebarang perkongsian, bagi mengelakkan mereka terlibat menyebarkan berita palsu, sekali gus mendatangkan kegusaran orang ramai.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja berbuat demikian,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia