web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 8:13AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh tunangnya dengan menyimbah petrol sehingga menyebabkan mangsa mati terbakar terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan semalam, menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zabariah Mohd Yusof dalam keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap Mohamed Hafız Mohd Bakri, 36, selepas membenarkan rayuan banduan akhir itu.

"Hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 33 tahun dari tarikh tangkap (21 April 2017) dengan 12 sebatan," kata Zabariah yang bersidang bersama-sama Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Mohamed Hafız dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 5 Oktober 2020 selepas didapati bersalah membunuh Nina Farrina Simbul, 21, di sebuah rumah di Taman Sri Bahagia, Tampoi, Johor Bahru pada jam 4.30 petang 21 April 2017.

Rayuan Mohamed Hafız ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2021.

Terdahulu, peguam Muhammad Abd Kadir memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengecualikan hukuman mati terhadap Mohamed Hafız selaras dengan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, yang mengesahkan perkara itu pula memohon supaya perayu dijatuhi hukuman penjara 35 tahun berdasarkan cara kematian mangsa adalah akibat dibakar.

Bagaimanapun, Muhammad merayu hukuman pemenjaraan minimum dikenakan terhadap anak guamnya atas alasan insiden itu bukanlah sesuatu yang dirancang meskipun ada keterangan berhubung pembelian petrol.

"Petrol itu dibeli untuk tujuan lain serta kuantitinya sedikit dan hanya bernilai RM2. Perayu cuba memadamkan api yang terkena pada si mati dengan mencurah air, namun tidak berjaya sebelum menghantar wanita itu ke hospital.

"Anak guam saya menyesal dengan perbuatannya dan berharap segera keluar dari penjara serta menjadi insan berguna," katanya.

Sebelum ini, seorang saksi pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa pada hari kejadian, Mohamed Hafız meminta beliau untuk membeli petrol dan menyuruhnya meletakkan botol petrol itu di dalam bilik.

Saksi itu, yang juga anak saudara Mohamed Hafız, mendengar pertengkaran tertuduh dan tunangnya di ruang tamu, namun lelaki itu mengarahkan beliau supaya masuk ke bilik serta tidak mencampuri urusan mereka.

Bagaimanapun, saksi itu mengintai di sebalik tirai dan melihat Mohamed Hafız menyimbah petrol ke badan tunangnya sebelum melihat api menyala sehingga menyebabkan mangsa terbakar.
- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

Luar Negara 6 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya