web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 5:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara memuat naik hantaran jelik mengenai tragedi helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), seorang lelaki didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping hari ini.

Mohd Saifuddin Shafik, 36, mengaku bersalah di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim selepas pertuduhan terhadapnya dibaca.

Awani melaporkan, tertuduh turut memohon maaf kepada anggota keluarga mangsa, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seluruh rakyat Malaysia. 

Dia juga menyatakan kekesalan kerana membuat hantaran itu.

Saifuddin, seorang peniaga atas talian dengan menggunakan akaun @saishafik di X didakwa memuat naik hantaran jelik pada jam 1.15 tengah hari, 23 April lalu.

“Baru raptai dah mampus. Tak sempat nak pergi perang”, katanya menerusi ciapan itu.

Kesalahan tersebut dilakukan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan dibaca di sebuah kedai di Pusat Bandar Bagan Serai kira-kira jam 6.30 petang, hari yang sama.

Dia berdepan pendakwaan di bawah Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Sabit kesalahan, Saifuddin boleh  didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Dia juga hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Perak Wan Azimah Yaacob manakala tertuduh diwakili Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Amin Othman.

Pada prosiding itu, Mohd Hafarizam dan Amin memohon  tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara kerana dia mengalami simptom penyakit mental Bipolar Disorder di samping perlu menanggung seorang isteri dan kedua ibu bapa.

Wan Azimah bagaimanapun meminta hukuman berat supaya boleh mengekang hantaran-hantaran jelik yang telah banyak kali berlaku dan menjadi pengajaran kepada orang lain.

Mahkamah turut memerintahkan bahan bukti iaitu satu unit telefon bimbit milik tertuduh dipulangkan kepada pemiliknya.

Tertuduh membayar denda tersebut. - Getaran, 26 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang