web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CBN Secara Rasmi Dapat Lanjutan Pajakan Tanah Selama 60 Tahun - Peguam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jun 2021 5:47PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lady Superior Society of Saint Maur yang mengendalikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas (CBN), secara rasminya telah mendapat lanjutan pajakan tanah untuk sekolah itu selama 60 tahun.

Peguam Lady Superior, Damien Chan ketika dihubungi Bernama berkata mereka menerima surat bertarikh 31 Mei, daripada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Muhammad Yasir Yahya berhubung lanjutan pajakan tanah itu.

Beliau berkata berdasarkan surat itu, jawatankuasa Pejabat Tanah bersetuju dengan lanjutan 60 tahun kepada Lady Superior dengan syarat tanah itu hanya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan dan tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain tanpa persetujuan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan.

Surat itu juga menyatakan bahawa CBN perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM2,070 bagi pelanjutan pajakan dalam tempoh tiga bulan mulai 31 Mei.

“Hasil daripada kelulusan itu, kami telah memfailkan notis pemberhentian permohonan semakan kehakiman semalam,” kata Chan selepas perkara itu dibangkitkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Nur Aslamiah Jamil melalui prosiding dalam talian hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Lebih 630 Juta Penduduk Asia Pasifik Berumur 60 Tahun Ke Atas - PBB

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pajakan CBN Dilanjut 60 Tahun Lagi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia