web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2024 1:27PM

Gamba - JBPM Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang bapa dan anak perempuannya berusia empat tahun maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda di Jalan Apin-Apin, Keningau, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 12.22 tengah malam sebelum 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau tiba ke tempat kejadian 17 minit kemudian.

Isteri mangsa berusia 33 tahun dan empat lagi anak berusia 2 hingga 11 tahun mengalami kecederaan parah, manakala tiga dewasa berusia 31 hingga 40 tahun dalam pacuan empat roda hanya cedera ringan.

"Pegawai perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan jam 2.30 pagi," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 19 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM