web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MITI Kena Turun Padang, Pantau Syarikat Sebelum Beri Kelulusan Operasi - DPDM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Jun 2021 12:46PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) digesa bekerjasama dengan bahagian industri kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk memantau syarikat yang memohon kebenaran beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh, sebelum memberi kelulusan.

Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia (DPDM), Chris Daniel Wong berpandangan sedemikian ketika menyuarakan kebimbangan sekiranya terdapat syarikat bukan perkhidmatan penting telah memperoleh kelulusan untuk beroperasi.

“Kita telah mendapat berita ada perniagaan bukan perkhidmatan penting telah mendapat kelulusan beroperasi kerana menfailkan maklumat yang tidak tepat. Saya sarankan pihak MITI, sebelum memproses surat kelulusan tersebut, supaya turun padang untuk pantau bagi memastikan sama ada pemohon itu dalam kategori perkhidmatan penting atau tidak.

“Contohnya, peniaga gunting rambut terpaksa akur untuk tutup perniagaan, tetapi pengilang seperti syarikat memproses kayu diberi kelulusan beroperasi. Saya tidak nampak kaitan syarikat itu sebagai perkhidmatan penting,” katanya semasa temu bual dalam program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV, malam tadi.

Beliau berkata menerusi situasi itu, rakyat boleh menilai ketelusan dan kesaksamaan MITI dalam memberikan kelulusan kepada syarikat perkidmatan penting untuk beroperasi.

Setakat 7.30 pagi Khamis, sebanyak 128,150 syarikat melibatkan 1.57 juta pekerja telah memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.

Dalam perkembangan sama, Wong menasihatkan syarikat yang memperoleh kelulusan beroperasi supaya memanfaatkan peluang tersebut dengan meluaskan perniagaan mereka ke pasaran eksport.

Beliau berkata dalam usaha merancakkan ekonomi tempatan syarikat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak seharusnya hanya menumpukan pasaran domestik.

“PKS yang mendapat kelulusan untuk beroperasi harus manfaatkan peluang ini sebab ramai lagi yang tidak boleh beroperasi. Buat masa sekarang sudah banyak PKS gulung tikar terutama dalam sektor pelancongan dan pengurusan acara,” katanya.

Wong berpendapat kebanyakan PKS sudah bersedia untuk tidak beroperasi selama dua minggu sehingga sebulan, namun jika keadaan ini berterusan dan PKP 4.0 mungkin dikuatkuasakan, dijangka lebih 50 peratus PKS terpaksa menutup perniagaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia