web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 1:58PM

Lee Kin Peng menutup mukanya ketika keluar dari perkarangan Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI SIPUT - Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beradik, minggu lepas.

Lee Kin Peng, 52, didakwa memandu pacuan empat roda dengan cara merbahaya kepada orang awam, sehingga menyebabkan kematian kepada Ahmad Zuhal Norazlan, 17.

Lelaki itu juga didakwa atas kesalahan sama, sehingga menyebabkan kematian kepada Ahmad Marikh Norazlan, 13.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini, antara 7.00 hingga 7.15 pagi, pada 5 April 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, serta denda minimum RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S. Vitthiyeswary mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, selain tertuduh perlu lapor diri di balai polis setiap dua minggu, lesen memandu digantung, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak boleh mendekati saksi kes.

Bagaimanapun, peguam S. Morgan merayu jaminan RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan, dengan alasan anak guamnya berpendapatan RM2,000 sebulan selain sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak yang kesemuanya masih belajar.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 secara kolektif untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, selain tertuduh juga perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan dengan pasport diserahkan kepada mahkamah, serta tertuduh dilarang mengganggu saksi kes.

Mahkamah menetapkan 11 Jun 2024 untuk sebutan semula kes.

Pada 5 April, media melaporkan dua beradik maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda, dalam kejadian langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dalam kenyataan berkata kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 13 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

3

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 1 hari yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim