web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 8:40AM

Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Timur Tengah dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan di Facebook semalam berkata, kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama, malah beliau sendiri telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara pagi semalam, bagi berbincang lanjut situasi tegang di Timur Tengah itu.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan pegawai-pegawai kanan kerajaan lain.

Beliau berkata mengambil kira perbincangan yang telah diadakan kelmarin, mesyuarat yang diadakan dua hari berturut-turut termasuk semalam menunjukkan perhatian serius kerajaan MADANI terhadap isu Timur Tengah, selain usaha yang diambil untuk memastikan Malaysia dan rakyatnya tidak terjejas oleh situasi terbabit.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata Malaysia bersama negara-negara bertamadun lain, menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah.

"Terdapat tanda yang jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi. Pelancaran dron-dron oleh Iran merupakan tindakan yang sah, berikutan serangan biadab oleh rejim Zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik.

"Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa-apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel," katanya.

Anwar berkata kunci penyelesaian kepada isu berkenaan ialah penyelesaian serta-merta yang adil terhadap keadaan tidak berperikemanusiaan di Gaza.

"Oleh itu, perhatian masyarakat antarabangsa mesti ditumpukan kepada isu ini, tanpa gangguan lain. Gencatan senjata yang berkekalan mesti diwujudkan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.

"Dalam hal ini, sumbangan Malaysia terbaru sebanyak 100 kontena dijangka akan berlepas pada 27 April ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 8 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

2

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

3

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Politik 3 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Sukan 16 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA