web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kompaun Tidak Halang Rakyat Langgar SOP PKP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Feb 2021 8:35AM

Polis menjalankan pemeriksaan bagi memastikan pematuhan rakyat terhadap SOP yang ditetapkan

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia sejak tahun lalu memaksa kerajaan mengambil pendekatan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki kali kedua. 

Serentak dengan pelaksanaan PKP, pihak berkuasa turut menggariskan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bagi membolehkan usaha membendung virus terbabit dapat digerakkan secara efektif. 

Dalam memastikan pematuhan rakyat terhadap SOP berada pada paras optimum, tindakan mengkompaun individu yang mengingkari  PKP diperkenalkan dan jumlahnya semakin bertambah dari hari ke hari. 

Pelaksanaan PKP 2.0 sejak 16 Januari lalu menyaksikan peningkatan terhadap perlanggaran SOP, dan ia menimbulkan persoalan berhubung tahap kepatuhan sebenar rakyat. 

Statistik mendapati, seramai 10,851 individu sudah dikompaun sepanjang tempoh 20 hari pertama PKP 2.0, membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tidak memakai pelitup muka, kegagalan melaksanakan penjarakan fizikal dan aktiviti merentas daerah atau negeri.

Berdasarkan pemerhatian, dianggarkan sebanyak RM10.8 juta kompaun sudah dikutip bagi tempoh sama, berpandukan kepada jumlah pesalah yang dikenakan tindakan. 

Sebagai perbandingan, anggaran kasar jumlah kompaun berkenaan hampir menyamai nilai satu pertiga daripada purata saman trafik bulanan yang dikutip pada 2019. 

Cubaan Getaran mendapatkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bagaimanapun gagal memberikan hasil diharapkan apabila beliau menjelaskan, perkara itu bukan berada di bawah skop Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Bayaran kompaun perlu dibuat kepada Pegawai Kesihatan Daerah, bukan kepada pihak polis,” katanya kepada Getaran, melalui aplikasi Whatsapp. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula ketika ditanya berkata, kadar bayaran kompaun masih sama iaitu RM1,000 bagi setiap kesalahan. 

Penjelasan itu bermakna, saranan Abdul Hamid mingu lalu untuk menaikkan kadar kompaun masih belum diguna pakai. 

Ketua Polis Negara itu dalam sidang media pada Sabtu lalu mencadangkan supaya kadar kompaun dinaikkan bagi mengurangkan kecenderungan orang ramai melanggar SOP PKP. 

Selain dari menaikkan kadar kompaun, kerajaan menerusi satu pengumuman baru-baru ini berkata, hukuman lebih berat sedang digubal melalui Ordinan Darurat untuk semua pesalah yang mengingkari SOP PKP. 

Fatihah Jamhari
Fatihah Jamhari

Dalam perkembangan berkaitan, peguam sivil Fatihah Jamhari berkata, hukuman yang lebih berat dan pertambahan kadar kompaun tidak akan membantu menyelesaikan masalah ketidakpatuhan SOP PKP. 

“Jika wujud isu ketidakseragaman dalam hal membabitkan kompaun, ia akan menurunkan tahap pematuhan rakyat ke atas SOP, sekali gus mengurangkan keberkesanan pelaksanaan tindakan itu yang dikuatkuasakan untuk menurunkan kes aktif COVID-19 di negara ini,” katanya. 

Mengulas lanjut Fatihah berkata, undang-undang hanya akan berkesan jika wujud naratif hormat dan takzim yang tinggi. 

“Jika naratif ini dicemari, tak kiralah berapa tinggi sekalipun penaltinya, penguatkuasaan undang-undang ini tidak lagi akan berkesan. 

“Apabila keadaan ini berlaku, pasti akan ada pihak yang melanggar undang-undang kerana percaya ia tidak terpakai ke atas mereka,” tegas beliau. 

Fatihah berkata, kecenderungan sesetengah pihak untuk bersikap pilih kasih dan hanya menguatkuasakan undang-undang ke atas rakyat marhaen membuatkan orang ramai tidak lagi mengendahkan peraturan sedia ada. 

“Dulu waktu pelaksanaan PKP 1.0, individu yang melanggar SOP akan diaibkan di media sosial, tapi sekarang bila mereka tahu SOP ini hanya terpakai kepada rakyat marhaen dan bukannya kepada orang kenamaan (VIP) terutama ahli politik, rakyat tak ambil peduli lagi hal sebegini. 

“Ia jelas ketara, malah ada yang mengecam pihak polis di media sosial apabila dikenakan kompaun,” katanya. - Getaran, 9 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 6 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 6 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 7 jam yang lalu

Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan

Semasa 7 jam yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan