Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 8:38AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 14,031 aduan seperti jalan rosak dan berlubang menerusi aplikasi MYJalan bagi tempoh Ogos 2023 hingga 19 April lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu, 27 peratus atau 3,776 aduan melibatkan jalan seliaan Jabatan Kerja Raya, manakala 73 peratus atau 10,255 di bawah tanggungjawab kementerian lain.

"Bagaimanapun, kami mengambil tanggungjawab bukan hanya ingin menjaga jalan persekutuan, lebuh raya dan jalan negeri, kami juga menyalurkan maklumat terbabit kepada kementerian berbeza termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'Bangsa Usahawan dan Kerajaan Perpaduan' terbitan Bernama TV malam tadi. 

Ahmad berkata, pihaknya juga sudah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu yang berkaitan dengan kementeriannya setakat ini, manakala selebihnya masih dalam siasatan.

"Kami ada prosedur operasi standard yang akan sentiasa diperbaik, jika ada jalan berlubang di lebuh raya dan kawasan jalan persekutuan ia hendaklah ditampal dalam masa 24 jam. Setakat ini, 100 peratus kita tampal dalam tempoh 24 jam atau kurang," katanya.

Aplikasi MYJalan adalah inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan yang dilancarkan secara rasmi pada 2 Ogos 2023. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kastam Kelantan Rekod Hasil Hampir RM100 Juta Setakat Julai - Ahmad

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Melebihi RM1 Trilion Setakat Ini - Ahmad

4

Semasa 10 bulan yang lalu

22,000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer, Kerugian RM850 Juta

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran