Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 9:58AM

Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia yang membawa jenazah mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26, yang terlibat dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba di Pangkalan Udara TUDM di Kuching pada jam 11.54 malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERIAN (Sarawak) - Jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26, yang terlibat dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa lalu akan dikebumikan di Kampung Engkeroh Tebakang dekat sini, pada jam 9.00 pagi hari ini.

Upacara pengebumian ibu kepada dua anak itu akan dijalankan mengikut istiadat rasmi TLDM di Tanah Perkuburan Kristian di Kampung Engkeroh Tebakang di sini.

Terdahulu, pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Joanna dari Ipoh, Perak tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuching pada 11.54 malam sebelum dibawa ke Kampung Engkaroh Tebakang dan tiba kira-kira jam 2.08 pagi.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi kediaman keluarga mendiang di kampung itu dan seorang daripada saudara terdekat Richard Jiubat Bluka, 26, berkata, ahli keluarga sudah berkumpul seawal 5 petang semalam untuk menunggu bagi memberikan penghormatan terakhir.

"Tidak sangka, pertemuan kali ini merupakan yang terakhir. Sebelum ini, dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan kami jika balik pada sambutan hari Gawai kelak...namun siapa sangka pertemuan jadi begini," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Christabella Liya, 26, menyifatkan mendiang seorang rakan yang baik dan mereka berkongsi banyak kenangan pahit dan manis ketika zaman persekolahan dan katanya, walaupun jarang berjumpa namun, mereka tetap berhubung dan bertanyakan khabar antara satu sama lain.

Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada jam 9.32 pagi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Cuepacs Selangor Kecewa Ahli Parlimen PN Cuba Gagalkan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

oleh Diyana Nawwar

Semasa 13 jam yang lalu

Pesawat Ringan Terhempas, 2 Terselamat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM

Semasa 6 jam yang lalu

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi