web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CITF Akui Kesilapan Data, Selangor Terima 615,210 Dos Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 9:58PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) mengakui terdapat kesilapan pada data yang menyatakan bahawa kerajaan Selangor menerima 2.9 juta dos bekalan vaksin sehingga 30 Mei.

Dalam satu penjelasan kepada portal berita kesihatan CodeBlue, CITF menjelaskan Selangor telah menerima 615,210 dos vaksin COVID-19 untuk pengedaran seluruh negeri pada 1 Jun.

Jumlah berkenaan merangkumi 434,070 dos vaksin Pfizer-BioNTech, 146,440 (Sinovac) dan 34,700 (AstraZeneca).

''Jumlah yang sebelum ini diberikan kepada CodeBlue adalah termasuk stok di fasiliti kerajaan dan sebahagiannya masih ada di gudang pengedar yang terletak di Selangor dan siap untuk diedarkan ke seluruh negara," kata CITF dalam satu kenyataan kepada CodeBlue hari ini.

Dalam kenyataan berkenaan, ia menyatakan Selangor merupakan negeri tertinggi menerima vaksin berkenaan berbanding negeri-negeri lain, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 578,130 dos manakala Johor (370,680 dos).

Khamis lalu, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud menafikan dakwaan kerajaan Selangor menerima 2.9 juta dos vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal kesihatan.

Siti Mariah berkata, pada masa ini JKN Selangor hanya menerima sebanyak 615,000 dos merangkumi 434,070 dos vaksin Pfizer, 146,440 dos vaksin Sinovac dan 34,700 dos vaksin Astrazeneca sehingga 1 Jun lalu.

''Tidak timbul isu Selangor mendapat bekalan sebanyak itu dan amat mustahil untuk mempunyai lebihan 2.5 juta dos untuk disimpan (seperti laporan terbabit)," katanya dalam satu kenyataan. - Getaran, 5 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia