web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 4:08PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Cuaca panas susulan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai depan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, situasi berkenaan menyaksikan beberapa kawasan terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah akan mengalami cuaca lebih panas berbanding negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut beliau, terdapat juga ramalan mengatakan tahun ini adalah tahun paling panas selepas 1998.

"Kali terakhir cuaca yang panas melanda negara ini adalah pada sekitar 1998 di Perlis sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI NRES di Kampung Aril, Melor, di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan cuaca yang diterima, cuaca panas sudah mula beralih dan hujan akan mula berlaku dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi.

"Bagaimanapun, keadaan itu (cuaca panas) berkemungkinan berterusan sebulan atau dua bulan lagi dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan memantau perkara ini.

"Selain itu, kita juga akan memantau dan berjaga-jaga tentang jerebu dalam negara dan rentas sempadan kerana kami melihat beberapa kesan kebakaran melibatkan tanah gambut," katanya.

Nik Nazmi berkata, kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk memantau paras air dan kemungkinan melaksanakan pembenihan awan jika perlu.

Beliau berkata, pembenihan awam tidak boleh dilakukan sesuka hati dan perlu mendapatkan panduan dan kerjasama daripada MetMalaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

"Kos untuk melakukan pembenihan awan adalah tinggi dan bergantung kepada faktor cuaca. Oleh itu, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri berhubung perkara ini," katanya.

Justeru, Nik Nazmi menyeru semua pelajar sekolah rendah dan menengah untuk minum air secukupnya dan memakai pakaian bersesuaian di sekolah susulan cuaca panas itu.

"Sebelum ini, memang ada terima beberapa kes strok haba melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa maka saya minta semua pihak berwaspada dengan cuaca yang terlalu panas," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kepala Lori Terbakar Di Lebuh Raya

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 3 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Semasa 10 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Politik 2 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 6 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir