web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuaca Panas Kekal Hingga April

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 8:58PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Cuaca panas ketika ini dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku Rabu ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata, dalam tempoh ekuinoks yang menyaksikan jangka masa siang dan malam adalah sama, matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa dalam proses pergerakan dari hemisfera selatan ke hemisfera utara.

Beliau berkata dalam tempoh itu suhu boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celcius bergantung kepada kehadiran awan dan hujan pada masa tersebut.

"Selepas 20 Mac kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa termasuk di Malaysia, jadi kita menjangkakan suhu akan kekal tinggi hingga April sebab kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Bernama Radio dengan tajuk Hari Meteorologi Sedunia di Wisma Bernama hari ini.

Dalam pada itu Ambun berkata bersempena Hari Meteorologi Sedunia pada 23 Mac ini, pihaknya akan mengadakan sambutan itu esok di ibu pejabat MetMalaysia bermula 9 pagi.

Antara pengisian yang dirangka pada esok ialah penyampaian anugerah tokoh meteorologi, audio siar (podcast) bertajuk "Berbicara dengan Langit" selain agihan bubur lambuk kepada petugas MetMalaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kepala Lori Terbakar Di Lebuh Raya

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tiada Kes Kekejangan, Strok Haba Dilaporkan Di Sabah Setakat Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Sedia Laksana Pemadanan Kebakaran Berskala Besar, Pembenihan Awan

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 23 jam yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 10 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai