web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Tiada Kes Kekejangan, Strok Haba Dilaporkan Di Sabah Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:27PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tiada sebarang kes kekejangan haba dan strok haba dilaporkan di Sabah setakat ini, berikutan cuaca panas melanda sejak Januari lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Asits Sanna.

Beliau berkata, kes patukan ular juga tidak dilaporkan sepanjang pemantauan cuaca panas di Sabah sehingga semalam.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) merekodkan dua kes kelesuan haba yang berlaku di Beaufort pada Minggu Epid keempat dan ke-11.

"Kes kelesuan haba pertama dilaporkan melibatkan seorang lelaki berumur 50 tahun yang mengalami simptom itu ketika melakukan kerja menebang pokok. Kes telah mendapat rawatan di jabatan kecemasan hospital kerajaan pada 22 Januari, dibenarkan pulang pada hari sama dan telah sembuh.

"Kes kedua pula melibatkan seorang pelajar lelaki berumur 18 tahun yang mengalami simptom ketika mengikuti pertandingan bola sepak. Kes telah mendapat rawatan di jabatan kecemasan hospital kerajaan pada 9 Mac, dibenarkan pulang pada hari sama dan telah sembuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Asits berkata, JKNS memperkukuh pemantauan penyakit berkaitan cuaca panas dengan memastikan kelengkapan rawatan dan bekalan ubat mencukupi di setiap fasiliti kesihatan, selain menjalankan aktiviti promosi serta pendidikan kepada masyarakat.

"Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh lalu menyebabkan cecair dalam badan berkurangan. Antara gejala penyakit berkaitan cuaca panas adalah badan terasa kering dan panas, denyutan jantung menjadi cepat, pening, mual dan boleh mengakibatkan sawan atau pengsan.

"Kanak-kanak dan warga emas adalah golongan yang paling berisiko mendapat masalah kesihatan daripada keadaan ini. Segeralah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda awal kekejangan haba, kelesuan haba, strok haba dan sekiranya dipatuk ular," katanya.

Beliau berkata, orang ramai turut diingatkan supaya minum air mencukupi serta mengurangkan pengambilan minuman berkafein, alkohol dan bergula, termasuk bagi mereka yang berpuasa yang disaran untuk minum lapan gelas air sehari antara sewaktu berbuka dan sahur.

Penduduk juga dinasihatkan supaya memakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang serta memakai topi atau payung sekiranya berada di luar bangunan, selain peka dengan kehadiran haiwan liar seperti ular yang keluar dari habitat untuk mencari tempat redup. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia