web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Sedia Laksana Pemadanan Kebakaran Berskala Besar, Pembenihan Awan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 4:30PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan dan agensi berkaitan diminta bersedia melaksana pemadaman kebakaran berskala besar dan operasi pembenihan awan bagi menghadapi keadaan cuaca panas dan kering serta fenomena El Nino ketika ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan (JIJCKK) Bil. 1 Tahun 2024 dipengerusikannya di sini, semalam.

"Jabatan dan agensi terlibat perlu sentiasa bersedia melaksanakan pemadaman kebakaran berskala besar secara serta-merta dan operasi pembenihan awan sekiranya diperlukan, tertakluk kepada keadaan atmosfera yang sesuai.

"Kerajaan juga sentiasa bersedia bagi menghadapi keadaan cuaca panas dan kering serta fenomena El Nino," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kementerian, jabatan, agensi dan kerajaan negeri juga perlu sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan kualiti udara negara.

Maklumat boleh dicapai melalui aplikasi myCuaca dan laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, aplikasi MyIPU dan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Kementerian, jabatan dan agensi berkaitan akan mengambil tindakan sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan berdasarkan Tahap Amaran dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU)," katanya.

Malaysia kini sedang berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac. Taburan hujan akan berkurangan yang menyebabkan keadaan cuaca panas dan kering dalam fasa ini.

Dalam masa yang sama, fenomena El Nino dengan intensiti kuat sedang melanda dunia dijangka akan menyebabkan suhu maksimum harian negara lebih tinggi dan cuaca lebih panas serta kering berbanding biasa.

Fenomena ini dijangka berlarutan sehingga suku kedua 2024 dan peralihan El Nino Southern Oscillation (ENSO) kepada neutral dijangka berlaku sekitar April hingga Jun ini.

Nik Nazmi berkata, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama kementerian, jabatan, agensi dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan secara pembabitan semua agensi kerajaan berkaitan bagi membanteras kebakaran tapak pelupusan sampah haram.

NRES juga akan menambah baik tindakan pencegahan kebakaran hutan dan belukar tanah gambut yang menyebabkan jerebu tempatan, menjejaskan kualiti udara negara serta kesihatan awam.

Berdasarkan rekod bagi tempoh 1 Januari hingga 19 Februari lalu, beliau berkata, terdapat 1,043 aduan kes pembakaran terbuka dan pembakaran sampah sarap adalah aduan tertinggi melibatkan 715 kes.

Dalam tempoh itu, JAS juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 79 arahan di lapangan, lima kompaun, 12 notis arahan dan 666 pemantauan berkaitan pembakaran terbuka.

Susulan cuaca panas dan kering ketika ini, Nik Nazmi mengingatkan semua pihak supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pembakaran terbuka, termasuk pemilik tanah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Penunggang Motosikal Cedera Pokok Tumbang Di Melaka

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Video Rumah Terbakar, Bomba Nafi Ada Mangsa

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Hilang Di Sungai, 2 Lelaki Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia