web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Aug 2024 8:13AM

- Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menyelamatkan dua lelaki warga Bangladesh yang terperangkap di atas bumbung rumah akibat banjir di Kampung Padang Kambing, Alor Gajah di sini petang semalam.

Jurucakap JBPM Melaka berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.28 petang sebelum sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

"Setibanya di tempat kejadian, pasukan penyelamat mendapati dua lelaki warga Bangladesh berusia kira-kira 20-an terperangkap di atas bumbung rumah di kampung berkenaan bagi menyelamatkan diri akibat banjir.

"Kedua-dua mangsa kemudian berjaya diselamatkan dan operasi berkenaan tamat pada 7.52 malam," katanya di sini malam tadi.

Setakat 8 malam tadi, 248 mangsa daripada 14 kawasan terjejas banjir di Masjid Tanah, Alor Gajah dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) sejak petang semalam berikutan hujan lebat berterusan yang melanda pada sebelah pagi. – BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penunggang Motosikal Cedera Pokok Tumbang Di Melaka

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Video Rumah Terbakar, Bomba Nafi Ada Mangsa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 18 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah