web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suspek Kes Simbah Asid Pada Faisal Halim Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 May 2024 12:37PM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit kejadian seorang pemain bola sepak Selamgor FC, Faisal Halim, disimbah asid di sebuah pusat beli belah di Damansara, semalam.

BH Online melaporkan, penahanan individu itu disahkan Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi.

Hussein berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap lelaki berusia 20-an itu, hari ini.

"Kita telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal).

“Kita akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dipetik BH Online.

Bagaimanapun, laporan berkenaan tidak menyatakan di mana dan bila individu itu ditahan.

Media semalam melaporkan, insiden berkenaan menyebabkan Faisal mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Perkembangan mengenai insiden itu turut disahkan SFC menerusi satu kenyataan.

"Dukacita dimaklumkan bahawa pemain SFC, Faisal Halim menjadi mangsa serangan asid petang tadi.

"SFC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.

"SFC menyeru penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim dan keluarganya serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini," katanya.

Kejadian berkenaan turut mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang menitahkan supaya siasatan dijalankan pihak berkuasa turut merangkumi kemungkinan ia ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan media semalam, berkata baginda yang juga Penaung Selangor FC serta anakanda baginda, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, sebagai Pengerusi Selangor FC, mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral itu dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini ke akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap dengan segera.

Ia kejadian kedua selepas Akhyar Rashid yang juga pemain Terengganu FC (TFC) untuk musim ini mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas dipercayai dipukul dengan cota, pada Khamis lalu.

Kejadian samun itu berlaku sehari selepas Akhyar menyambut ulang tahun kelahiran ke-25. – Getaran, 6 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Pembedahan Ke-4 Faisal Halim Tunjuk Hasil Positif

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia