web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DUN Sarawak Kekal Berfungsi Di Bawah Ordinan Darurat - Speaker 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 10:59AM

Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang penggalnya tamat bermula esok, akan kekal berfungsi di bawah Ordinan Darurat hingga 1 Ogos depan, kata Yang Dipertuanya Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar hari ini.

Beliau berkata berdasarkan perlembagaan negeri, penggal DUN semasa berakhir selepas 6 Jun (hari ini), iaitu cukup tempoh lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya diadakan.

Bagaimanapun, peruntukan itu tidak dapat berkuat kuasa disebabkan pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, katanya. 

“Hari ini (6 Jun) merupakan hari terakhir penggal ke-18 Dewan Undangan Negeri Sarawak. Esok, DUN sepatutnya terbubar selaras dengan Perkara 21(3) Perlembagaan Sarawak.

“(Namun disebabkan penguatkuasaan darurat) DUN dan kesemua 82 ahlinya serta jemaah menteri negeri akan terus berfungsi dan menjalankan tugas di bawah Ordinan Darurat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asfia berkata beliau juga akan memaklumkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa DUN Sarawak tidak dibubarkan hari ini dan akan menyambung penggalnya hingga 1 Ogos 2021.

Pada 25 Mei lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati kerajaan Sarawak agar meneruskan fungsinya seperti biasa sekalipun penggal DUN tamat selepas 6 Jun.

Titah baginda kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk terus berfungsi semasa tempoh darurat seperti yang diperkenankan oleh Seri Paduka menerusi Pengisytiharan Darurat, berkuat kuasa sejak 11 Jan lepas hingga 1 Ogos ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia