web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 6,241 Kes Baharu, Pengurangan 1,211 Kes Berbanding Semalam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jun 2021 4:02PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 hari ini terus mencatat penurunan apabila merekodkan 6,241 kes berbanding 7,452 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata berikutan perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 616,815 kes.

 Menurutnya, Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,178 diikuti Sarawak (600), Johor (565), Negeri Sembilan (556), Kuala Lumpur (415), Sabah (305), Pulau Pinang (271) dan Kelantan (270).

Selain itu, Melaka dengan 225 kes, Labuan (212), Perak (174), Terengganu (158), Pahang (155), Kedah (125), Putrajaya (30) dan Perlis (2).

Dr Noor Hisham menerusi satu kenyataan media memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, 14 adalah kes import manakala 6,227 melibatkan penularan dalam negara.

Selain itu, katanya sebanyak 5,133 kes sembuh dicatat menjadikan jumlah kumulatif pulih 526,809 kes manakala kes aktif kini 86,628.

Jumlah kematian akibat pandemik itu pula meningkat kepada 3,378 selepas 87 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas melibatkan mangsa dalam lingkungan umur 25 hingga 89 tahun.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 890 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 444 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya 30 kluster baharu dikesan, menjadikan jumlah kluster tertinggi pernah direkodkan dengan 18 kluster membabitkan penularan di tempat kerja termasuk 10 kluster sektor perkilangan; tujuh kluster komuniti dan masing-masing satu kluster melibatkan institusi pendidikan lain, pendidikan tinggi, kumpulan berisiko tinggi, keagamaan serta pusat tahanan.

Kluster tempat kerja direkodkan ialah Jalan Silat Harimau 21; Jalan Bertam 23; Jalan Teknologi Perintis Dua; Jalan Kebun Sayur; Jalan Parit Haji Zain; Ladang Tereh dan Taman Aman (Johor) serta Jalan Utama;  Sawit Kinabatangan dan Jalan Ketiau Tombovo di Sabah.

Selain itu, ia juga melibatkan Persiaran Sabak 26 dan Jalan Waja Enam Belas (Selangor); Sri Cemerlang (Kelantan); Industri Chain Ferry dan Hilir Sungai Kluang Tiga (Pulau Pinang); Industri Bukit Nian (Melaka), Dah Saga (Kedah) dan Jalan Alamanda Dua di Putrajaya serta Selangor.

Kluster komuniti pula ialah Gusi, Tamalang dan Murni C di Sabah; Bukit Jong, Kampung Bakong dan Kampung Jejawi (Kelantan); serta Jaya Gading di Pahang.

Kluster pendidikan lain melibatkan Jalan Kasturi Satu di Selangor, kluster pendidikan tinggi melibatkan Behrang Stesen (Perak); kluster kumpulan berisiko tinggi Bukit Gasing (Selangor), kluster keagamaan Kilometer 35 Kemendor (Melaka) serta kluster pusat tahanan Pagar Jalan Sultanah di Johor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia