web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kompaun Menanti Jika Hadir Ke PPV Tanpa Temu Janji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 4:21PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memberi amaran kepada mana-mana pihak yang merancang untuk mencuba nasib mendapatkan vaksin COVID-19 dengan hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) tanpa temu janji ditetapkan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata, tindakan kumpulan atau individu terbabit bukan sahaja menyukarkan proses kawalan keselamatan di PPV, bahkan mengakibatkan kawasan berkenaan mengalami kesesakan yang tidak sepatutnya berlaku.

“Tindakan seperti ini sangat dikesali dan janganlah datang ke PPV jika anda belum menerima pengesahan temu janji untuk suntikan vaksin. Kita tidak mahu suasana bersesak atau kehadiran terlalu ramai orang di PPV pada satu-satu masa.

“Kami memberi amaran terlebih dahulu, namun jika perkara ini terus berulang, JKNP tidak ada pilihan lain dan tindakan mengeluarkan kompaun kepada mereka yang sengaja hadir ke PPV tanpa temu janji boleh diambil,” katanya di sini, hari ini.

Dr Bahari berkata, kaedah pengurusan vaksin di semua PPV dilakukan berdasarkan senarai temu janji yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera dan perkara itu sepatutnya sudah difahami orang ramai.

Katanya, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga sudah menyediakan platform khusus bagi memudahkan proses pendaftaran vaksin, menggunakan aplikasi MySejahtera atau Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang.

“Saya ada menerima laporan dari (pengendali) PPV membabitkan kes individu tanpa temu janji yang berkumpul di pusat vaksin dengan harapan diberi peluang mendapatkan vaksin COVID-19.

“Kita perlu ikut proses ditetapkan, bukan boleh datang secara ‘walk-in’ seperti itu. Jadi apabila keadaan seperti ini berlaku, petugas di PPV terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa untuk mengarahkan kumpulan atau individu ini beredar dari kawasan (PPV) berkenaan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tahap kehadiran penerima vaksin yang memiliki temu janji, Dr Bahari berkata, pihaknya sudah mempunyai senarai nama kedua sekiranya individu yang dijadualkan menerima vaksin tidak dapat hadir.

“Semua senarai penerima vaksin dan daftar nama kedua untuk dihubungi sekiranya penerima (yang dijadualkan) tidak datang memang sudah sedia ada dalam simpanan setiap PPV.

“Tidak ada istilah orang ramai boleh mencuba nasib untuk mendapatkan vaksin kerana ia dilakukan secara sistematik. Kita tidak semudahnya akan melayan permintaan individu yang ingin mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ kerana semua perlu mengikut prosedur ditetapkan,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: 234 PPV Tersedia Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia