web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ibarat Sedekah Kepada Penjenayah, Ramai Tinggal Kunci Pada Motosikal - KP Kedah

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 12:59PM

Fisol Salleh (kanan) - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak terlalu bermurah hati untuk 'bersedekah' kepada penjenayah dengan cara meninggalkan kunci motosikal pada kenderaan masing-masing. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, siasatan mendapati kebanyakan kes kecurian motosikal yang kian meningkat di negeri ini disebabkan oleh kecuaian pemiliknya sendiri. 

Katanya, golongan itu sering meninggalkan kunci pada motosikal disebabkan terlupa atau sengaja berbuat demikian dengan anggapan tiada siapa yang akan mencurinya. 

"Kadang-kadang motosikal itu terbiar di laman rumah dengan kuncinya sekali. Ada juga yang tinggalkan kunci pada motosikal sewaktu mereka menunaikan solat jemaah di masjid atau surau. 

"Kalau itu kaedahnya, saya rasa mereka ini terlalu bermurah hati untuk bersedekah kepada penjenayah. Hal ini perlu diberi perhatian kerana kes kecurian motosikal banyak menyumbang kepada indeks jenayah di Kedah dan siasatan kita pula menunjukkan yang kejadian ini kebanyakannya disebabkan kecuaian pemilik kenderaan itu sendiri," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini. 

Tambahnya, sebanyak 961 kes dicatatkan di Kedah sepanjang 2023. 

"Jumlah kecurian motosikal tertinggi dicatatkan di Kuala Muda iaitu sebanyak 320 kes diikuti Kota Setar dengan 245 kes. Jenayah itu turut banyak dicatatkan di Kulim iaitu 103 kes diikuti Kubang Pasu (77 kes) dan Baling (75 kes). 

"Untuk tahun ini, sebanyak 357 kes dicatatkan di seluruh Kedah setakat 22 Mei lalu. Jumlah itu meningkat berbanding cuma 326 kes dalam tempoh sama pada 2023," katanya. 

Berikutan itu jelas Fisol, orang ramai diminta melakukan usaha terbaik bagi menjaga kenderaan masing-masing termasuk menyimpan kunci di tempat betul. 

"Kalau kita dah lakukan yang terbaik untuk simpan kunci di tempat betul dan berlaku kecurian, itu lain ceritalah. Tetapi kalau kita pun macam 'serah diri' untuk biar motosikal dicuri, itu tak sepatutnya berlaku. 

"Apabila kita bentang indeks jenayah, timbul kegusaran kepada orang awam kononnya kes jenayah di Kedah tinggi. Tetapi apabila diteliti lebih mendalam, kes-kes kecuaian sebeginilah yang menyumbang kepada banyaknya kecurian motosikal di negeri ini, sekali gus meninggikan indeks jenayah" katanya. - Getaran, 24 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Buru Pencuri Pakaian Dalam Wanita di Balik Pulau

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Penemuan Rangka Manusia Tiada Unsur Jenayah - Polis

4

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

'Mana Nak Lari', Suspek Curi Motosikal Akhirnya Diberkas 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran