web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


11,713 Calon SPM 2023 Peroleh Semua A - KP Pendidikan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 11:04AM

Pencapaian calon SPM 2023 lebih baik berbanding tahun lepas. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

“Seramai 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 telah lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada tahun 2022.

“Seramai 93.5 peratus atau 349,297 calon layak mendapat sijil SPM 2023 berbanding 342, 742 pada tahun 2022,” katanya semasa mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 di sini hari ini.

“Ia menunjukkan peningkatan 1.9 peratus, dan merupakan pencapaian terbaik sejak tahun 2013 berdasarkan syarat pensijilan SPM yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata keputusan SPM 2023 menunjukkan 66 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 25 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan empat mata pelajaran telah menunjukkan prestasi tidak berubah atau kekal.

Katanya prestasi kesemua mata pelajaran teras dalam peperiksaan SPM 2023 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains menunjukkan peningkatan.

“Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi iaitu 0.20 mata, manakala Bahasa Melayu pula menujukkan prestasi terbaik dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 3.86 mata,” katanya.

Beliau berkata bagi mata pelajaran elektif, 50 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 19 mata pelajaran menunjukkan penurunan dan satu mata pelajaran mengekalkan prestasi.

“Kesemua empat mata pelajaran elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) telah menunjukkan peningkatan, dengan Fizik merekodkan prestasi tertinggi iaitu 0.22 mata dan merupakan mata pelajaran terbaik dengan prestasi terbaik kumpulan ini GPMP 4.15 mata,” katanya.

Sementara itu dalam sidang media sejurus selepas pengumuman dibuat, Azman berkata KPM akan mengenal pasti punca ketidakhadiran lebih 10,000 calon SPM 2023.

“Kita akan teliti sebab-sebab mengapa calon ini tidak hadir. Bagaimanapun telah berlaku penurunan yang agak banyak dari segi calon tidak hadir berbanding tahun lepas dan kita akan teliti satu-persatu sebab-sebab dan intervensi yang akan kita laksanakan untuk pastikan perkara ini akan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Ditanya isu tular di media sosial larangan untuk tidak mengadakan majlis apresiasi, Azman berkata perkara itu tidak benar sebaliknya pihak kementerian mencadangkan agar majlis seumpama itu dibuat selepas cuti sekolah.

“KPM tak melarang penganjuran majlis apreasiasi calon-calon SPM 2023, cuma kita mencadangkan ia diadakan selepas cuti sekolah untuk membolehkan semua calon, ibu bapa dan guru-guru dapat terlibat sama bagi memastikan majlis itu bertambah meriah,” katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Banjir: SPM 2023 Berlangsung Seperti Dijadualkan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selebriti Terkesan Banjir Dapat Bantuan

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 10 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 22 jam yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 18 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight