web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 8:46AM

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah). – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN – Kerancakan memartabatkan Islam melalui penubuhan apa jua institusi pendidikan Islam perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama, demikian titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah setiap institusi harus bergerak di atas landasan ilmu yang benar supaya memudahkan pihak berwajib untuk memberikan bantuan dan menyalurkan apa jua kemudahan.

"Kini pelbagai usaha dijalankan oleh banyak pihak bagi memartabatkan Islam dan menzahirkan kecintaan mereka terhadap agama Islam ini. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Pahang juga tidak ketinggalan terutama dalam bidang pendidikan.

"Dalam mendukung usaha memartabatkan Islam sebagai Agama Persekutuan melalui al-Quran, betapa subur dan mekarnya penubuhan institusi pendidikan Islam berteraskan al-Quran di bumi Pahang yang tercinta ini," titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah demikian sempena Majlis Perasmian Penutupan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam tadi.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tengku Hassanal turut bertitah manfaat pembacaan al-Quran tidak dapat disangkal sama sekali malah kebaikannya merangkumi umat manusia sejagat.

Baginda bertitah setiap inti pati al-Quran perlu dihayati dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang baik.

"Al-Quran bukan sekadar untuk dipertandingkan bacaannya atau untuk majlis tilawah semata-mata. Sebaliknya, sebagai umat Islam, kita bertanggungjawab untuk sama-sama menghayati isi kandungan dan pengajarannya.

"Menghayati al-Quran sebagai panduan lengkap kepada manusia dalam pelbagai aspek kehidupan seperti hubungan keluarga, hubungan masyarakat, penjagaan alam sekitar, sains, politik, agama, undang-undang, pentadbiran, ekonomi, pengurusan harta dan perubatan," titah baginda.

Tengku Hassanal juga menyeru setiap umat Islam menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan utama setiap isi rumah.

"Setiap isi rumah bukan sahaja perlu ada kitab suci al-Quran tetapi juga naskhah tafsir al-Quran," titah baginda.

Majlis tilawah dan hafazan kali ini menyaksikan qari Negeri Sembilan Mohamad Husaini Mahmur dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi manakala Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu diumum sebagai johan menunggu bagi kategori qariah.

MTHQK tahun ini menyaksikan Pahang menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas edisi pertama pada 2011 dan kedua pada 2014. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

3

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

4

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 45 minit yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran