web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PKR Wakili Kerajaan Perpaduan Pada PRK Sungai Bakap

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2024 9:24PM

Chow Kon Yeow (tiga kanan) bersama barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang selepas mesyuarat barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Semua kepimpinan parti gabungan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang hari ini sebulat suara bersetuju agar Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar calon mewakili parti gabungan tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan datang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata keputusan tersebut diambil pada Mesyuarat Barisan Kepimpinan Kerajaan Perpaduan Negeri yang diadakan hari ini.

"Kita akan bertanding PRK Sungai Bakap dengan menghantar seorang calon Perpaduan dan barisan kepimpinan Perpaduan memutuskan PKR akan menghantar calon atas semangat parti yang bertanding sebelum ini diberi keutamaan untuk bertanding semula.

"Kita akan masuk ke pertandingan (PRK) ini di atas semangat kebersamaan dan perpaduan yang sudah dapat kita jalinkan dalam PRU (Pilihan Raya Umum) dan PRN (Pilihan Raya Negeri) di Pulau Pinang tahun lepas serta dengan semangat ini, kita akan cuba menangi kembali kerusi Sungai Bakap yang sebelum ini tiga penggal diwakili calon daripada PKR," katanya pada sidang media di Wisma DAP di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid dilantik sebagai Pengarah PRK Sungai Bakap Perpaduan dan empat timbalan pengarah daripada gabungan parti itu yang akan diumumkan kemudian.

Chow juga menjelaskan parti gabungan lain iaitu DAP, UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak berebut untuk menghantar calon, malah berikrar untuk bekerja kuat dan bekerjasama bagi menyampaikan mesej perpaduan kepada rakyat sekali gus merampas kembali kerusi DUN Sungai Bakap.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Khamis ini (6 Jun) bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang Nurul Izzah Anwar mengesahkan terdapat lima calon termasuk lelaki dan wanita yang diangkat bagi keputusan muktamad di peringkat pucuk pimpinan parti.

"Yang penting kita mengambil kira bukan sahaja dari segi nama-nama yang amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat tetapi juga mereka yang menyumbang bukan sahaja pada hari ini tetapi sebelum ini," kata Naib Presiden PKR itu.

Turut hadir pada mesyuarat dan sidang media berkenaan ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Pengerusi Amanah Negeri Muhammad Faiz Fadzil, Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying dan Datuk Dr Mohammad yang juga Timbalan Ketua Menteri I.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Berdasarkan rekod SPR bagi PRN 2023, DUN Sungai Bakap mempunyai 38,409 pemilih dengan 59.36 peratus pengundi Melayu, 22.54 peratus Cina, 17.39 peratus India, dan 0.71 peratus lain- lain. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jenazah ADUN Sungai Bakap Selamat Dikebumi

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK KKB: 39,362 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lebih 12,000 Pendatang Asing Diusir Ke Negara Asal Sejak Januari 2023

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Bekas PM Imran Khan Menang Besar Dalam Pilihan Raya Kecil Pakistan

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan