web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jenazah ADUN Sungai Bakap Selamat Dikebumi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 8:14PM

Solat jenazah Allahyarham Nor Zamri Latiff diimamkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad di Masjid Jamek Sungai Acheh di Nibong Tebal petang tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL – Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh di sini, pada kira-kira 6.30 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Nor Zamri, 56, dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang terletak bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.

Solat jenazah di masjid berkenaan diimamkan Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad dengan disertai kira-kira 1,000 jemaah yang hadir.

Turut hadir memberikan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohamad Abdul Hamid dan beberapa Exco Kerajaan Negeri.

Nor Zamri meninggal dunia pada 1.38 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.

Allahyarham meninggalkan isteri Musalmah Yusop dan enam anak.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff ketika ditemui pemberita berkata Allahyarham disenangi dalam kalangan ahli parti kerana keperibadiannya yang lemah lembut dan senang bekerjasama malah menyifatkan pemergiannya, kehilangan besar bagi PAS.

"Arwah seorang yang suka menolong orang, ringan tulang dan seorang yang suka membuat kebajikan dan menyertai misi menyelamat mangsa banjir kerana dia memang suka tolong orang," kata Muhammad Fauzi yang juga ADUN Sungai Dua itu.

Sementara itu, ADUN Penaga Mohd Yusni Mat Piah berkata Allahyarham merupakan seorang rakan yang baik hati dan sikapnya yang mudah didekati serta suka melawak menyebabkan semua rakan dalam PAS Pulau Pinang amat terasa dengan kehilangan Allahyarham.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lepas menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 atau 15,433 undian. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

2

Politik 3 minggu yang lalu

PRK Sungai Bakap 6 Julai, Undi Awal 2 Julai - SPR

3

Semasa 3 minggu yang lalu

PKR Wakili Kerajaan Perpaduan Pada PRK Sungai Bakap

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 19 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 9 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar