web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 1:19PM

Petugas SPR membuat persiapan di Pusat Penamaan Calon bagi PRK DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi Seberang Perai Selatan. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL – Pertarungan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bakal bermula usai proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, di sini, esok.

Setiap bakal calon diberi tempoh sejam bermula 9 hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan sebelum senarai mereka yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu dan pihak yang bertanding mempunyai 14 hari tempoh berkempen, bermula selepas pengisytiharan calon bertanding esok hingga jam 11.59 malam, 5 Julai.

Sungai Bakap merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal.

Setakat ini bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin, 60, dinamakan sebagai calon kem Kerajaan Perpaduan menerusi Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sementara bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail, 56, mewakili Perikatan Nasional (PN).

PRK DUN Sungai Bakap dijangka menyaksikan persaingan sengit antara PH-BN dan PN, memandangkan Joohari yang mewakili PKR dalam misi merampas kembali kerusi yang dimenangi parti itu selama tiga penggal dari 2008, sebelum terlepas ke tangan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

Seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ribut petir diramal berlaku di sekitar Nibong Tebal pada sebelah pagi dan petang esok, manakala cuaca diramal baik pada sebelah malam. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki