web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 8:06AM

Jenazah Iskandar Zulkarnain Ibrahim disembahyangkan di Masjid Jabal An-Nur Bleteh sebelum dibawa ke tanah perkuburan - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Jenazah Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim, 28, yang terkorban dalam tragedi bot karam di Batang Baleh berhampiran Sekolah Kebangsaan Lepong Baleh pada 7 Mac lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang di sini lewat petang semalam

Turut hadir pada upacara penghormatan terakhir dan pengebumian anggota polis itu ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dan isteri Datin Jennita William, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dan Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu.

Isteri Allahyarham, Anis Nur Ezati, bapanya Ibrahim Deraman, 72, dan ibu Iskandar iaitu Zaharah Selamat, 68, serta adik-beradiknya juga hadir pada upacara itu.

Mancha kemudian menyerahkan bendera Sang Saka Biru dan sumbangan kewangan daripada Polis Sarawak kepada Anis Nur Ezati.

Mayat Iskandar yang masih lengkap berpakaian seragam polis ditemukan terapung di kawasan Seputin, Batang Rajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 11.30 pagi kelmarin iaitu hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat.

Semasa insiden pada petang 7 Mac lepas, Iskandar yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit sejak 25 Oktober 2021 bersama seorang lagi anggota iaitu Sarjan Jonathan Lambet, 52, mengiringi penghantaran bahan letupan seberat 35 kilogram untuk kegunaan kerja-kerja meletupkan batu bagi projek pembinaan jalan di kawasan Baleh.

Turut serta tiga orang awam iaitu Jack Balan, 45, Amerson John Nain, 47, dan Moses Ngui, 47.

Mayat Jack dan Amerson ditemukan lebih 160 kilometer dari lokasi kejadian manakala Moses berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Sementara itu, Anis Nur Ezati berkata dia akan pulang ke kampung halamannya di Machang, Kelantan sebaik sahaja semua urusan di Kapit selesai.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dari hari pertama dia hilang sehingga dijumpai dan saya berterima kasih kepada semua warga Sarawak yang membantu mencari sehingga selesai pengebumian hari ini," katanya kepada pemberita di tanah perkuburan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jabal An-Nur Bleteh, Kapit sebelum dibawa ke Sibu dan tiba di tanah perkuburan di sini pada 5 petang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Hilang Bot Karam Di Sungai Rajang

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 23 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 8 jam yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Semasa 3 jam yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad