web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 1:19PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju meluluskan penggunaan dana Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) sebanyak RM5 juta bagi menjayakan operasi pembenihan awan di Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Jun itu adalah antara tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan.

“Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan operasi pembenihan awan susulan permohonan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) melalui penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Operasi yang akan dilaksanakan selama tiga hari ini diharap akan meningkatkan paras air Sungai Kelantan agar dapat mengairi kawasan-kawasan pertanian yang terjejas ketika ini,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, dana tersebut adalah usaha kerajaan menangani impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September.

Jelasnya, taburan hujan yang rendah bermula Februari hingga April tahun ini menyumbang kepada penyusutan paras air Sungai Kelantan serta mengganggu operasi pam di seluruh Kawasan KADA. 

“Bagi membolehkan rumah pam Kemubu beroperasi sepenuhnya, Sungai Kelantan perlu mencapai aras air pada ketinggian 4.90 meter.

“Tetapi  KADA hanya merekodkan aras air sungai Kelantan terendah iaitu 2.19 meter pada minggu kedua April 2024 lalu,” katanya. - Getaran, 19 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kelantan Gubal Semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kelantan Serah SPRM Siasat Isu Telaga Jejari

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lori Simen Jatuh Gaung, 3 Lelaki Orang Asli Maut

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini