web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelantan Gubal Semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2024 5:20PM

Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berkata kerajaan negeri akan gubal menggubal semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan akan menggubal semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan Februari lalu, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

“Sekali lagi saya tegaskan kerajaan negeri Kelantan komited untuk menggubal semula 16 Seksyen yang dibatalkan itu sebagaimana usul yang diluluskan dalam sidang DUN pada Mac lalu.

“Sebagai kerajaan yang meletakkan Islam menjadi dasar pentadbiran, tentunya kami tidak boleh sekadar berpeluk tubuh berdiam diri dengan usaha pihak tertentu.

“Hari demi hari mereka mencari ruang yang boleh mencabar apa saja berkaitan agenda meninggikan syiar Islam terutama dalam aspek perundangan dan institusi syariah,” katanya dilaporkan berkata pada satu program di Kota Bharu hari ini.

Nassuruddin berkata sebagai umat Islam wajib taat dan tunduk kepada segala perintah Allah dan suka atau tidak bukan lagi menjadi pilihan kerana tugas mereka adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah.

“Hal membabitkan ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji tidaklah menjadi keraguan dan persoalan, namun apabila berbicara mengenai usaha untuk memartabatkan hukum Allah sebagai undang-undang dalam kehidupan, maka timbullah pelbagai ragam yang boleh kita saksikan.

“Ada yang menerima dan ada yang bangkit dengan pelbagai hujah serta alasan untuk tidak melaksanakannya dan inilah saki-baki kesan peninggalan penjajah kepada generasi anak watan kita.

“Peranan kita bersama di setiap peringkat untuk membetulkan kefahaman dan menangkis keraguan yang ditimbulkan supaya rakyat Kelantan mempunyai kefahaman yang jelas mengenai Islam,” katanya.

Pada Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 8-1 mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang diisytiharkan Mahkamah Persekutuan sebagai batal dan tidak sah adalah:

Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat

Seksyen 14: Liwat

Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat

Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia

Seksyen 31: Gangguan seksual

Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu

Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan

Bahagian 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat

Seksyen 40: Melaksanakan transaksi yang bertentangan dengan ‘hukum syarak’ (undang-undang syariah)

Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga melalui riba

Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal

Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan

Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram

Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak) – The Malaysian Insight, 21 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 5 hari yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang