web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Jul 2024 9:54PM

Gambar IPD Tumpat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Seorang anggota polis trafik berusia 28 tahun patah paha kiri selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Kubang Panjang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, dalam kejadian pada 12.50 tengan hari itu, anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan itu sedang menghala ke Pengkalan Kubor dari Kota Bharu.

Beliau berkata anggota berpangkat konstabel itu menunggang motosikal jenis CBX 750 atas tugasan rasmi kawalan lalu lintas sempena lawatan kerja Menteri Kewangan Il Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah van jenis Nissan Vannete C22 dipandu oleh seorang lelaki berusia 50-an yang berada di hadapan anggota itu telah membelok ke kanan.

"Anggota terbabit cuba mengelak ke kanan tetapi gagal dan terlanggar pintu van itu sehingga mengakibatkan beliau mengalami kecederaan parah selepas paha kirinya patah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota terbabit dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab Il, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, Inspektor Ibrahim Usman menerusi talian 010-9069696. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kelantan Gubal Semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kelantan Serah SPRM Siasat Isu Telaga Jejari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara