web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Fitnah Polis Di Media Sosial Dicari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 8:12AM

Mohamad Farouk Eshak - The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang individu yang memuat naik kenyataan berunsur fitnah dan jelik menerusi media sosial berhubung tindakan anggotanya mengeluarkan kompaun kepada lapan individu yang berjoging di Taman Tun Abdul Razak (TAR), Ampang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga sedang menyemak butiran pemilik akaun Facebook yang memuat naik status itu.

Beliau berkata pihaknya memulakan siasatan kes itu selepas menerima laporan anggota berkenaan yang menganggap kenyataan terbabit sebagai fitnah tidak berasas dan mengundang persepsi negatif terhadap pasukan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata kompaun di trek joging itu dikeluarkan anggota polis berkenaan pada 5.45 petang selepas pemeriksaan mendapati kelapan-lapan individu terbabit berjoging di luar kawasan kejiranan tempat tinggal.

Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 243/2021 Peraturan-Peraturan Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), katanya.

“Dalam menjalankan penguatkuasaan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan aktiviti joging, pegawai penguat kuasa yang dilantik boleh memeriksa kad pengenalan untuk mengesahkan sama  ada seseorang itu tinggal di kawasan kejiranan tersebut atau tidak.

Jika alamat kediaman adalah di luar kawasan kejiranan atau perumahan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia