web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salah Laku Pelaburan Unit Amanah, Harani Kamarudin Dicari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 12:28PM

SC sedang mengesan seorang lelaki bagi membolehkan siasatan berkaitan pelaburan unit amanah dijalankan. - Gambar dari sc.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menjejaki seorang lelaki iaitu bekas perunding unit amanah yang dipercayai terbabit dalam salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.

Susulan itu, SC meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kedudukan suspek yang dikenali sebagai Harani Kamarudin, 37, bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadapnya.

Wajah lelaki terbabit turut disiarkan menerusi laman web SC.

Menurut SC, pendaftaran Harani dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) telah terbatal pada 27 November tahun lalu.

Hasani sebelum ini berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah.

"SC sedang mengesan Harani berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti mengikut Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani diminta menyalurkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 atau 012 381 2497 atau emel kepada aduan@seccom.com.my," kata suruhanjaya berkenaan. – Getaran, 8 Jun 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia