web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hilang Segalanya Kerana Dadah, Bekas Penagih Tekad Berubah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 9:18AM

Mohd Afzal Abdul Ghani - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Kehilangan ibu dan saudara kandung ketika berada di balik tirai besi menjadi pengajaran terbesar buat seorang pemuda, untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

Hidup Mohd Afzal Abdul Ghani, 30, punah apabila dijerat ketagihan dadah, yang berpunca dengan ajakan teman serumah ketika berusia 19 tahun.

Bermula dengan tabiat pengambilan ganja atas dasar ingin mencuba, dia terus hanyut ke lembah hina apabila bertukar menjadi ketagihan tidak terkawal.

"Dari ganja, saya beralih kepada dadah jenis lain yang kesannya lebih hebat seperti morfin dan ketamin.

"Ketagihan itu terus berterusan hingga saya ditangkap polis Pulau Pinang pada 2015 kerana memiliki dadah dan disumbatkan ke dalam penjara," katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tindakan pihak berkuasa itu bagaimanapun masih tidak cukup untuk membuatnya berubah, apabila terus hanyut dengan tabiat lama sehinggalah dicekup buat kali kedua pada 2017.

"Pada tahun itu saya ditangkap dalam operasi Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan dihantar ke CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah).

"Selama 18 bulan berada di CCRC Dengkil, saya mula sedar dan menerima keadaan itu sebagai satu petunjuk untuk benar-benar berubah dan insaf," katanya, tersenyum pahit.

Malang tidak berbau, di saat hukuman hanya berbaki dua minggu, Afzal terbabit dalam pergaduhan di pusat tersebut, menyebabkan dia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dengan tiga sebatan.

"Pada masa itu saya betul-betul sudah hilang semangat dan hanya berserah menerima semua ketentuan.

"Dadah memberi impak yang amat besar, apabila meragut semua kebaikan dan keindahan hidup dimiliki," katanya, sambil mengesat air mata.

Menurut pemuda itu, segalanya musnah sekelip mata, termasuk pekerjaan dan sedikit harta yang dikumpul, apabila hidup dibelenggu najis dadah.

"Ketika berada di dalam penjara ini lah, ibu dan kakak meninggal dunia, tanpa saya berpeluang menatap wajah mereka buat kali terakhir.

"Ia menjadi kekesalan terbesar dalam hidup, dan menjadi titik tolak kepada keazaman saya untuk benar-benar berubah," kata anak bongsu enam beradik itu.

Semangat Afzal untuk berubah dibuktikan, apabila hukumannya dipendekkan kepada empat tahun kerana berkelakuan baik.

Dua tahun di Penjara Kajang, Selangor dan bakinya di Penjara Sungai Udang, Melaka akuinya, menjadi pengajaran terbesar buat pemuda itu

"Saya menjalani kehidupan seperti biasa sejak dibebaskan Disember lalu, dan sokongan keluarga menjadi azimat untuk berubah.

"Saya bersyukur kerana diterima baik oleh masyarakat setempat, malah turut diterima bekerja oleh majikan yang amat bertimbang rasa.

"Sokongan dan dorongan keluarga menjadi  motivasi dan pegangan hidup dan saya amat bersyukur kerana diberi peluang kedua," katanya. - Getaran, 9 Jun 2021

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 21 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa