web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Bawa 48 Pekerja Positif COVID-19 Disaman, Majikan Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 9:02AM

Gambar sebuah lori membawa sekumpulan pekerja asing yang didapati positif COVID-19 ini telah tular di media sosial semalam hingga mencetuskan kemarahan ramai. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Polis mengenakan saman serta-merta terhadap seorang pemandu lori selepas didapati membawa sekumpulan pekerja asing yang didapati positif COVID-19 secara terbuka di sekitar bandar ini seperti tular di media sosial petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira 5 petang, pihaknya segera bertindak dan berjaya mengesan serta menahan lori terbabit di Sungai Lalang, Bedong dekat sini.

"Lori itu dalam perjalanan pulang dari PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) Kuala Muda menuju ke asrama sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang. 

"Hasil pemeriksaan, terdapat seramai 48 individu didapati positif COVID-19 berada di dalam lori tersebut dalam keadaan tangan memakai gelang kuarantin," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Video berdurasi 19 saat serta beberapa gambar lori yang padat dengan pekerja bergelang merah jambu itu tular di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Adzli berkata sebelum video itu tular, kes positif COVID-19 telah dikesan di kilang pemprosesan ayam terbabit dan PKD Kuala Muda mengarahkan sejumlah 135 pekerja kilang yang positif hadir bagi tujuan siasatan serta memakai gelang kuarantin.

"Pihak majikan telah mengatur sebuah lori khusus untuk membawa kesemua 135 kes positif dengan tiga trip perjalanan ke PKD Kuala Muda... lori dinaiki 48 individu yang ditahan tadi ialah kumpulan dalam trip yang ketiga," katanya.

Beliau berkata pihaknya bertindak mengenakan saman terhadap pemandu lori berusia 51 tahun itu mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi tujuan lain.

Selain itu, pihaknya membuka kertas siasatan terhadap pengurus (majikan) kilang tersebut yang berumur 43 tahun mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa.

"Majikan itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai atau jahat yang mungkin menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan