web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hospital Ampang Berstatus Hospital Rawatan Pesakit COVID-19 Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 10:11AM

Mulai semalam, status Hospital Ampang telah ditukar daripada Hybrid COVID-19 kepada hospital rawatan pesakit COVID-19 sepenuhnya. - Gambar dari Facebook Hospital Ampang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah memutuskan untuk menukar status Hospital Ampang daripada Hybrid COVID-19 kepada hospital rawatan pesakit COVID-19 sepenuhnya (Hospital Full COVID-19) berkuat kuasa semalam (23 Jun).

Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata keputusan berkenaan diambil berikutan peningkatan kes harian COVID-19 yang tinggi terutamanya melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di zon wilayah tengah. 

"Situasi ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital zon wilayah tengah melebihi kadar maksimum sehingga Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0  menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan lanjut di hospital. 

"Secara keseluruhannya, kini terdapat dua hospital yang akan beroperasi sebagai Hospital Full COVID-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang," katanya menerusi satu surat pemakluman penukaran status hospital itu bertarikh 22 Jun 2021.

Dr Sha'ari berkata susulan itu, semua rujukan pesakit bukan COVID-19 dari fasiliti lain ke Hospital Ampang perlu dihentikan sementara waktu mulai Rabu bagi memberi ruang kepada Hospital Ampang menerima pesakit COVID-19. 

"Jabatan ini (JKNS) juga memohon kerjasama Hospital Ampang untuk menerima rujukan pesakit bukan COVID-19 yang sedia ada daripada Hospital Ampang agar rawatan kepada pesakit-pesakit tersebut dapat diteruskan,” katanya menerusi surat itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan