web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPN Terengganu Buat Persediaan, 18,022 calon SPM akan kembali ke sekolah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 3:18PM

Salim Ab. Ghani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Seramai 18,022 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu akan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka tidak lama lagi.

Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab. Ghani berkata, selain pelajar SPM, Jabatan Pendidikan Negeri juga menjangkakan seramai kira-kira 2,000 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan turut serta mengikuti sesi pelajaran PdP itu.

Beliau berkata ia adalah susulan keputusan kerajaan membenarkan pembukaan sekolah  bagi murid kelas peperiksaan di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Tarikh pembukaan sekolah kita belum tahu kerana kementerian sendiri berjanji sebelum sekolah dibuka, mereka akan memaklumkan lebih awal kepada ibu bapa untuk membuat persediaan.

“Namun kita sudah diberi tugas oleh kementerian untuk membuat persiapan bagi menghadapi sesi persekolahan termasuk membuat cadangan untuk melaksanakan pelbagai model pembelajaran di sekolah,” katanya kepada media selepas Program Agihan Peranti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sumbangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Pejabat Pendidikan Daerah di sini hari ini.

Salim berkata, pihaknya kini sedang menunggu kelulusan dari kementerian berhubung cadangan pembukaan sekolah secara bersemuka kerana matlamat sekolah adalah untuk mengelakkan perkumpulan pelajar yang terlalu ramai dalam satu-satu masa.

Ditanya mengenai status vaksin COVID-19 bagi guru di negeri itu, beliau berkata, setakat ini sebanyak 60.7 peratus daripada keseluruhan 2,882 guru tingkatan lima sudah divaksin manakala guru tingkatan enam pula 71.6 peratus.

“Jumlah keseluruhan guru di Terengganu ketika ini adalah seramai 21,921 dengan 10,175 daripadanya di sekolah menengah dan 11,746 orang sekolah rendah.

“Kita menjangkakan semua guru tingkatan lima dan enam di negeri ini akan selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum sesi persekolahan bersemuka bermula,” katanya. - Getaran, 8 Julai 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan