web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengubahan Wang Haram RM9 Juta, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Didakwa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 4:20PM

Ir Mansor Musa (dua dari kanan) didakwa atas 58 pertuduhan melibatkan penggubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Anggota Lembaga Pengarah Koperasi, Datuk Ir Mansor Musa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas 58 pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta, antara tahun 2008 hingga 2015.

Tertuduh yang berusia 58 tahun itu bagaimanpun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut kertas pertuduhan, Mansor didakwa atas 42 tuduhan membabitkan penerimaan dan pemindahan wang berjumlah RM4.22 juta.

Dia turut didakwa atas 16 lagi pertuduhan berkaitan aktiviti sama berjumlah RM5 juta, mengikut Seksyen 4 (1)(b) akta berkenaan..

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa buah bank sekitar Kuala Lumpur antara 3 Disember 2008 hingga 13 Mei 2015.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Seksyen 4 (1)(a) memperuntukkan hukuman denda tidak lebih lima juta ringgit atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Seksyen 4 (1)(b) pula memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima belas tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Selva Mookiah.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 bagi semua pertduhan dan menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - Getaran, 15 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 2 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut