web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksinasi 'Walk-In' Bulan Depan Untuk Golongan Tercicir, Belum Dapat Janji Temu - CITF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 7:05PM

Vaksinasi walk-in di Selangor dan Kuala Lumpur akan bermula bulan depan, khusus kepada mereka yang tidak mendapat janji temu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiatif vaksinasi ‘walk-in’ atau jumpa terus di Selangor dan Kuala Lumpur bermula bulan depan adalah khusus untuk golongan tercicir dan belum mendapat janji temu masing-masing selepas 17 Julai lalu.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menjelaskan inisiatif itu bukan untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin dan golongan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan.

"Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. Individu yang masih belum mendaftar, tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian, juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin," menurut CITF dalam kenyataan hari ini.

CITF berkata demikian bagi menjelaskan mesej tular melalui aplikasi Whatsapp bahawa mulai 1 Ogos ini, semua penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur yang berusia 18 tahun ke atas dan belum mendapat suntikan vaksin boleh pergi ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) tanpa perlu mempunyai janji temu.

CITF turut memaklumkan PPV yang akan beroperasi untuk tujuan 'walk-in' pada bulan depan akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak manakala PPV sedia ada ketika ini tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif itu.

Berikutan itu, CITF menyeru mereka yang sudah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan.

"Ini mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas, kes COVID-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin," demikian menurut kenyataan itu. - Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut