web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ingkar SOP Solat Sunat Aidiladha, Polis Tahan 49 Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 7:42AM

Polis menahan 49 lelaki termasuk 48 warga Bangladesh bagi membantu siasatan melanggar SOP dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka di Taman Pelangi, Juru, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan 49 individu setakat ini bagi membantu siasatan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka dan tepi jalan di Taman Pelangi, Juru, di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata semua mereka terdiri daripada 48 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan ditahan secara berasingan di sekitar Juru.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya dan boleh membahayakan nyawa,” katanya dalam kenyataan malam ini,

Difahamkan kesemua mereka berusia 20 hingga 40-an itu ditahan dalam operasi bermula 11 pagi apabila kira-kira 200 individu menunaikan solat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan surau Taman Pelangi, Juru, selepas surau berkenaan sudah melebihi kapasiti 100 jemaah dibenarkan mengikut SOP perintah kawalan pergerakan.

Terdahulu, tular video di media sosial mengenai tindakan kumpulan lelaki di kawasan perumahan berkenaan sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya bermula jam 8.30 pagi hingga 9 pagi.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata laporan berhubung kejadian itu telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

"(Ketika ini) siasatan dan tindakan untuk kenal pasti semua individu yang terlibat untuk diambil tindakan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Ketua Polis Pulau Pinang memberikan laporan dan penjelasan terperinci berhubung penugasan anggotanya yang dipertanggungjawab untuk memantau pematuhan SOP semasa perayaan Aidiladha.

Hamzah dilaporkan berkata laporan dan penjelasan itu perlu diberikan dalam kadar segera berikutan penularan video pelanggaran SOP ketika solat sunat Aidiladha di kawasan itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut