web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nama Pemandu E-Hailing, Penunggang P-Hailing Dikumpulkan Untuk Vaksinasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 7:49AM

Seramai 41,488 pemandu teksi dan e-hailing serta 11,527 penunggang p-hailing menjadi kumpulan pertama yang bakal menerima vaksin. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan diarahkan untuk mengumpulkan nama pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing di negara ini bagi tujuan vaksinasi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee berkata sebagai sebahagian daripada anggota perkhidmatan barisan hadapan, mereka juga perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin bagi memastikan keselamatan pemandu, penunggang dan pelanggan. 

“Satu perjumpaan maya telah diadakan semalam dengan pihak pengurusan syarikat Grab bagi membincangkan progres pemberian vaksin ke atas pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing. Sekitar 100,000 pemandu e-hailing dan 50,000 penunggang p-hailing berkhidmat dengan Grab sekarang.

Telah diumumkan, proses penjadualan pemberian vaksin bagi pemandu teksi, e-hailing dan penunggang p-hailing sudahpun bermula, dengan kumpulan pertama yang bakal menerima vaksin melibatkan 41,488 pemandu teksi dan e-hailing serta 11,527 penunggang p-hailing,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, malam ini.

Katanya beliau memahami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sektor pengangkutan merupakan perkhidmatan perlu yang terus beroperasi 24 jam sehari dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat selain juga memastikan pergerakan barangan dan penumpang tidak terjejas.

Wee berkata Kementerian Pengangkutan juga bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam usaha mencapai imuniti kelompok seawal mungkin.

“Saya berharap dengan adanya kerjasama semua pihak, pemandu kenderaan awam di bawah jagaan Kementerian Pengangkutan akan dapat menerima vaksin mereka selewat-lewatnya pada penghujung bulan Ogos nanti,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad