web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masalah Pengendalian Jenazah COVID-19 Akan Diselesaikan Segera - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 3:03PM

Kementerian Kesihatan sedang merangka pelan kontigensi sekiranya situasi menjadi lebih buruk terutama di ibu kota dalam pengendalian jenazah pesakit COVID. - Gambar dari Facebook Noor Hisham Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar kematian akibat COVID-19 yang tinggi di Malaysia akhir-akhir ini telah menyebabkan segala permasalahan dan isu berhubung pengendalian jenazah berdepan situasi getir, namun isu tersebut akan diselesaikan dengan kadar segera.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya kini sedang merangka pelan kontigensi sekiranya situasi menjadi lebih buruk terutama di ibu kota dan jika lima kontena yang boleh menampung 225 jenazah, tidak lagi dapat memenuhi keperluan kes-kes kematian COVID-19 kelak.

“Segala permasalahan dan isu-isu berhubung pengendalian jenazah COVID-19 ini akan diangkat dan diselesaikan dengan segera bagi memudahkan urusan petugas-petugas untuk menyempurnakan tanggungjawab terakhir kepada pesakit COVID-19 dan waris-waris,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebooknya.

Menurut Dr. Noor Hisham, sejak COVID-19 melanda negara sehingga 19 Julai lalu, seramai 7,148 orang telah meninggal dunia dan daripada jumlah tersebut, 6,677 orang telah meninggal dunia pada tahun 2021.

Dr. Noor Hisham membuat tinjauan di PUSUM Hospital Kuala Lumpur yang terletak di Kompleks Sukan Institut Sukan Negara, Stadium Jalan Raja Muda, Kampung Baru.
Dr. Noor Hisham membuat tinjauan di PUSUM Hospital Kuala Lumpur yang terletak di Kompleks Sukan Institut Sukan Negara, Stadium Jalan Raja Muda, Kampung Baru.

Sementara itu, semalam, Dr Noor Hisham yang membuat tinjauan di Pusat Sehenti Urus Mayat (PUSUM) Hospital Kuala Lumpur, yang terletak di Kompleks Sukan Institut Sukan Negara, Stadium Jalan Raja Muda, Kampung Baru, berkata, penubuhan PUSUM adalah langkah perlu untuk menambah kapasiti penyimpanan mayat.

PUSUM yang dibina sementara pada 17 Julai lalu beroperasi dengan kerjasama NADMA dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Pengurusan secara teratur ini penting kerana bilangan tanah kubur dan krematorium yang terhad di Lembah Klang," tambahnya.

Jelasnya, di dalam agama Islam, tanggungjawab dalam menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah untuk setiap muslim justeru pengurusan jenazah COVID-19 ini juga merupakan tanggungjawab pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. 

“Oleh yang demikian, kerjasama erat di antara agensi-agensi ini adalah sangat penting untuk memastikan jenazah diurus dengan beretika, mulia dan dengan penuh penghormatan terutamanya ketika negara menghadapi musibah pandemik COVID-19 ini,” ujarnya. - Getaran, 21 Julai 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut